loading...

Selepas buka tudung, Fathia kongsi foto dicium dan status berbaur lucah

Selepas buka tudung, Fathia kongsi foto dicium dan status berbaur lucah

TINDAKAN pelakon Fathia Latiff memuat naik foto dia dicium seorang lelaki di Instagram mengundang pelbagai andaian dalam kalangan netizen.

Susulan itu, nama pelakon baharu yang pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan aktres berkenaan iaitu Ali Reza dikatakan netizen sebagai individu dalam foto versi hitam putih itu.

Ketika dihubungi mStar pada Jumaat, Ali, 22, juga tidak menafikan tuduhan itu namun memilih untuk enggan mengulas panjang.

“Saya baru tahu tentang foto yang tular itu semalam (Khamis) selepas pulang daripada penggambaran sebuah drama.

“Tentang siapa individu dalam foto tu saya malas nak komen… benda (gambar) pun dah padam! Kalau tengok rambut Fathia dalam tu pun berbeza,” katanya mengulas mengenai foto berkenaan.

Tersebar foto Fathia dicium seorang lelaki.

Ditanya bagaimana dia dapat memastikan penampilan berbeza Fathia menerusi foto itu, Ali sekali lagi mengelak untuk menjelaskan lanjut.

Sementara itu bercerita mengenai hubungannya dengan Fathia, pelakon drama Voice Note ini berkata dia sudah mengenali aktres tersebut sejak 2017.

Malah, sehingga kini kedua-duanya masih bersahabat namun kesibukan kerja membuatkan mereka sudah lama tidak berjumpa.

“Saya kenal dia sejak tahun 2017 masa itu kami shooting drama bersama, saya hanya bawa watak tambahan sahaja.

“Kami masih berkawan… cuma dah lama tak jumpa,” ujarnya.

Ali dan Fathia pernah digosipkan bercinta. Foto: suria.my

Selepas hangat dengan isu buka tudung, Fathia sekali lagi menjadi topik hangat netizen apabila memuat naik foto dicium seorang lelaki di laman sosialnya pada Khamis.

Selain foto itu, beberapa catatan lain melibatkan agama turut dimuat naik wanita berusia 32 tahun itu di Instastory miliknya.

Bukan itu sahaja, Fathia juga dengan berani menulis beberapa kenyataan berbaur lucah yang dilihat seolah-olah menyindir netizen kerana mengecam penampilan baharunya tidak berhijab.

Bagaimanapun, Fathia memadam foto tersebut selepas beberapa jam dikongsi di laman tersebut, namun paparan skrin gambar berkenaan tular di laman sosial.

Pada September tahun lalu, menerusi laporan beberapa media tempatan, Ali menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa dia adalah kekasih terbaharu Fathia.

Spekulasi itu mula timbul selepas Fathia memuat naik gambar mereka berdua, namun dia telah memadamkan semula gambar tersebut.

KONTROVERSI buka tudung masih panas, pelakon Fathia Latiff sekali lagi menjadi topik hangat netizen apabila memuat naik foto dicium seorang lelaki di laman sosialnya pada Khamis.

Selain foto itu, beberapa catatan lain melibatkan agama turut dimuat naik wanita berusia 32 tahun itu di Insta story miliknya.

Beberapa kenyataan berbaur lucah itu dilihat seolah-olah menyindir netizen yang mengecam penampilan baharunya tidak berhijab.

“Ayuh buat saya lebih dikenali! Saya perlukan lebih perhatian,” ujarnya pada salah satu kapsyen.

Paparan skrin yang tersebar dilaman sosial Twitter.

Pelakon ini bagaimanapun, bertindak memadamkan kenyataan itu, namun paparan skrin sudah tersebar di Twitter.

Kebanyakan nitezen bersimpati dan membuat kesimpulan Fathia kini sedang dilalui fasa sukar dan perlu dibantu.

Segelintir netizen juga berpendapat dia sedang memberontak dengan diri sendiri terutama apabila merasakan dirinya kini tidak lagi diberi perhatian oleh industri tana air.

“Korang bayangkan dari top gila dengan nama, iklan, bisnes dan tiba-tiba semua tu tiada.

“Dia sedang memberontak sekarang. Semoga ada sinar untuk Fathia” ujar netizen.

Pada malam Rabu, Fathia mengumumkan sudah tidak lagi berhijab kerana tidak mahu berselindung dan berpura-pura.

Previous
Next Post »
loading...