KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai agar berwaspada dengan kutipan sumbangan berhubung kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata sebelum memberi sebarang sumbangan, mereka harus menyemak status kesahihan sesuatu pertubuhan yang meminta sumbangan.
“Sekiranya mencurigakan, saya minta orang awam melaporkan perkara ini (nombor akaun palsu) yang meminta sumbangan orang awam kepada pihak polis,” katanya kepada Bernama.
Mohamad Fuzi berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara berkenaan.
Seramai 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat tahfiz berkenaan terkorban dalam insiden 5.15 pagi itu. – BERNAMA
Loading...