KUALA LUMPUR – Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM) berkata serangan pembangkang terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Amerika Syarikat menunjukkan rendahnya kualiti pemikiran pembangkang.
Pengerusinya Datuk Zulkarnain Mahdar berkata serangan itu juga menunjukkan pembangkang tidak mahu mengutamakan kepentingan rakyat.
“Pengalaman dan kemahiran KWSP dalam membuat pelaburan tidak boleh dipertikaikan, rekod telah menunjukkan KWSP telah memberi sumbangan yang bermakna terhadap pendapatannya sebelum ini.
“KWSP telah beberapa tahun melabur di pasaran saham AS dan Eropah bagi meningkatkan kadar
Mengikut rekod, 28 sehingga 29 peratus atau US$50 bilion daripada keseluruhan aset pelaburan KWSP bernilai US$180 bilion dilaburkan di luar negara, kata Zulkarnain.
Beliau juga berkata terdapat bukti segelintir pemimpin pembangkang menghalang pelabur datang ke Malaysia dengan cara memburuk-burukkan negara.
Mereka juga katanya mendakwa Malaysia tidak mengamalkan demokrasi selain sebuah negara yang bakal muflis. – BERNAMA
Loading...

Sambal Belacan Pelam, Buah Potong Kasar Lagi Sedap ...

Kpm Dicadang Buat Saringan Mata Untuk Murid, Ramai ...

Kim Goeun & Kim Jaewon Teraju Utama, Yumis C ...

Foto Hyunbin & Son Yejin Bersama Anak Lelaki T ...