SEORANG lelaki mengalami cedera parah akibat dipukul oleh sekumpulan samseng selepas isterinya meninggalkan komen negatif terhadap makanan di salah sebuah restoran melalui aplikasi online.
Menurut laporan sebuah portal, insiden itu bermula apabila seorang wanita, Yu dikatakan mempelawa rakan-rakannya untuk bermain mahjong di kelab mahjong miliknya.
Wanita itu kemudian memesan makanan di satu aplikasi penghantaran makanan sebagai sajian untuk menjamu mereka.
Malangnya, makanan yang dipesan tidak sedap dan tidak segar, yang membuatkan rakan-rakan wanita tersebut tidak menggemari makanan tersebut.
Keesokannya, Yu menulis komen negatif sebagai feedback terhadap restoran berkenaan dengan mendakwa makanan tersebut adalah sajian yang paling teruk dia pernah makan.
Tidak lama selepas itu, Yu memberitahu telah menerima satu panggilan
Pada malam yang sama, lebih daripada enam orang lelaki yang bersenjatakan kayu golf telah datang ke kelab mahjong dan bertindak mengancam Yu.
Dalam pada itu, Suami Yu yang dikatakan cuba membantu isterinya menemui malang apabila teruk dipukul di bahagian kepala dan badan sehingga tidak sedarkan diri.
Akibat mengalami kecederaan parah di kepala, suami Yu kini dirawat di unit rawatan rapi.
Sementara itu, polis memberitahu pemilik restoran berkenaan mengaku telah mengupah samseng untuk mengugut Yu kerana komen itu telah mengakibatkan perniagaannya kian merosot. – http://ift.tt/2gBbYyn
Loading...

Pekerja Microsoft Dibuang, Eksekutif Xbox Cadang G ...

Chatgpt Untuk Pelajar Guna Cara Betul ...

Xiaomi Tegas, Kerjasama Dengan Leica Masih Kukuh ...

Siapa Paksa Dia Netizen Perasan Taemin Shinee ...