Dalam satu persidangan tentang hak kebudayaan di Hilton, seorang pemuda orang asli bernama Rahman menjadi tumpuan apabila mendedahkan pengalaman hariannya berdepan diskriminasi dan penghinaan selaku orang asli. Ia berlaku terutama di sekolah.
Semasa sesi soal jawab, Rahman berpeluang meluahkan perasaannya di depan audien yang turut dihadiri oleh wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
“Di sekolah, pelajar dan guru memanggil kami kotor, mereka panggil kami babi, mereka panggil kami anjing,” luahnya.
Rahman juga pernah menonton dalam klip video di mana seorang penceramah agama ‘mempersendakan’ orang asli.
“Seorang kawan saya dari Kelantan berkongsi video seorang ustaz berkata – ‘jangan jadi bodoh macam orang asli,” katanya.
Luahan yang sama turut dikongsi oleh seorang lagi belia orang asli bernama Fatimah. Menurutnya masyarakat seringkali menjadikan orang asli sebagai bandingan dengan ‘hodoh.’
“Apabila seseorang itu cantik, dia akan disamakan dengan orang asal dari Sabah dan Sarawak. Tapi kalau hodoh, akan disamakan dengan orang asli,” kata Fatimah.
Mendengar luahan tersebut, seorang ahli akademik berketurunan Iban Sarawak, Dr Madeline Berma dari Universiti Kebangsaan Malaysia menasihati Fatimah supaya mengabaikan cemuhan-cemuhan tersebut.
“Jika mereka memanggil kita hodoh, merekalah sebenarnya yang hodoh,” ujarnya.
“Jika kamu fikir, kamu cantik, jangan risau dengan pandangan orang disekelilingmu, kerana kamu memang cantik,” tambahnya lagi.
Sumber: MSN
Comments
comments

Dbkl Rancang Perluas Penggunaan Kamera Badan Pada ...

Dua Anak David Beckham Bermasam Muka Gara-gara Seo ...

Rating The Divorce Insurance Rendah Bagi Tvn, Ga ...

Poco M7 Pro 5g Hadir Dengan Cip Dimensity 7025-ult ...