loading...

DAP Digesa Laksana Pembangunan Terancang

GEORGE TOWN – Kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang diminta supaya melaksanakan pembangunan secara terancang dan lestari di negeri ini bagi mengelakkan kejadian banjir yang semakin kerap berlaku.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS negeri, Ahmad Safuan Ujar, berkata keadaan pembangunan dilakukan sekarang, tetap sukar untuk diimbangi sekalipun dengan projek tebatan banjir yang diadakan.

Menurutnya, olahan semula perlu dilakukan terhadap seluruh rancangan pembangunan agar Pulau Pinang tidak terus menerima banjir seperti ini.

Beliau berkata sekiranya tiada langkah konkrit diambil kerajaan Pulau Pinang, ia akan menjejaskan ekonomi negeri di samping bidang pendidikan.

“Akibat kejadian banjir, rakyat akan menanggung kerugian dan beban daripada kerosakan yang berlaku kepada kediamaan, kenderaan dan premis di bandar ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, hujan lebat lebih lima jam dengan air laut pasang setinggi 2.1 meter telah mengakibatkan 100 kawasan daripada kesemua lima daerah di Pulau Pinang ditenggelami air dan beberapa kawasan telah mengalami kejadian tanah runtuh. – BERNAMA

Loading...

Previous
Next Post »
loading...