Semalam satu rakaman video Bigo Live yang menunjukkan wanita seksi menari kelihatan seperti Fatiya Latiff telah menjadi viral di media sosial. Video tersebut dipercayai disiarkan secala langsung dari tempat tinggal kawan Fatiya, Natasya Elyzza.
Video itu menunjukkan Natasha dan wanita itu sedang menari dan berpakaian agak seksi sehingga menampakkan sebahagian payu dara.
Fatiya telah dihubungi oleh portal Astro Gempak untuk mendapatkan penjelasan Fatya sama ada benar wanita itu adalah dirinya. Bagaimanapun Fatiya enggan memberi komen:
Kalau boleh saya enggan komen mengenai perkara ini. Hanya Allah sahaja yang tahu.
Dia juga tidak mempedulikan komen-komen berunsur kecaman yang ditinggalkan oleh Netizen di Instagramnya sejak semalam:
Biarlah, jika netizen meninggalkan komen negatif, saya dapat pahala.
Ditanya sama ada terdapat unsur sabotaj terhadapnya berhubung penyebaran video itu, dia juga memberikan jawapan serupa:
Hanya Allah sahaja yang tahu.
Tinjauan penulis mendapati Netizen masih meninggalkan pelbagai komen berunsur kecaman karana Fatiya tidak mematikan fungsi komen di akaun Instagramnya.
Bersama kita tunggu penjelasan yang lebih konkrit dari Fatiya.