loading...

2 Beregu Campuran Negara Hadapi Nasib Berbeza

KUALA LUMPUR – Dua beregu campuran negara mengalami nasib berbeza di suku akhir Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Korea di Seoul, Korea Selatan, hari ini.

Chan Peng Soon/Cheah Yee See mempamerkan aksi cemerlang menumpaskan pasangan tuan rumah, Seo Seung Jae/Kim Ha Na 13-21, 21-10 dan 21-18 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium SK Handball ,menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia, http://ift.tt/1NzrtRX.

Bagaimanapunj, satu lagi beregu negara, Goh Soon Huat/Shevon Jemie Lai tersingkir daripada kejohanan selepas kalah mengejut 21-18, 13-21 dan 18-21 kepada pasangan Jerman, Marvin Emil Seidel/Linda Efler.

Kempen Malaysia di dalam empat lagi acara, perseorangan dan beregu lelaki serta perseorangan dan beregu wanita juga tidak melangkah jauh apabila pemain tewas kepada lawan masing-masing. – BERNAMA

Loading...

Previous
Next Post »
loading...