Tidak dinafikan ada diantara anak-anak kita cukup sukakan kuih-muih yang manis. Apa lagi kek yang beraneka rasa dan rupa. Semua ini buat anak tertarik untuk makan. Pun begitu sebagai ibu sebaiknya cubanya mengawal kandungan gula yang terdapat di dalamnya. Elakkan gula berlebihan bagi mengawal pemakanan anak.
Salah satu resipi manisan yang boleh dicuba adalah Puding Roti yang dikongsikan oleh Puan Safwah Abd Sani. Menariknya puding roti anak ini hanya gunakan tiga bahan sahaja. Bukan anak sahaja, kita dewasa pun pasti makan bertambah. Jom cuba.
Rasanya dulu umi pernah kongsikan resepi puding roti guna 3 bahan je. Resepi ni tak kisah lah untuk budak atau orang dewasa, dua-dua boleh makan.
Cumanya kalau nak manis sikit, boleh tambahkan susu pekat atau gula ikut sedap anak tekak. Untuk kids tak perlu tambah sebab susu full cream tu pun dah rasa lemak manis.
Resepi ni cuma perlukan;
1 biji telur
2-3 keping roti
1 gelas susu full cream
Nak letak topping boleh lah bubuh kismis atau coklat chip. Caranya, macam biasa blend all together.
Dah siap, boleh tuangkan dalam bekas dan kukus! Biasanya dalam 10 minit dah masak. Kalau tak yakin boleh cucuk dengan garfu. Kalau tak melekat dekat garfu maksudnya dah masak elok la tu.
Umi buat 3 bekas, 1 plain 2 lagi letak coklat chip. Yang hitam-hitam tu lah coklat chip yang mencair bila kukus. Yang penting tu bukan berkulat ye.