loading...

Anak Lelaki Belajar Sambil Main, Yang Perempuan Tekun Tengok Buku. Tak Sama, Tapi Tetap Pandai!

Jika seorang ibu itu ada rezeki dikurniakan anak perempuan dan anak lelaki, pasti anda akan sedar akan perbezaan kedua-dua mereka. Untuk mendidik anak perempuan, tidak sama seperti mahu mengajar anak lelaki. Pendekatan perlu berbeza, tidak boleh sama. Tersalah tegur, akan jadi lebih teruk dan tidak akan merubah apa-apa.

Ketika memenuhi undangan untuk Keluarga Talk di Quill City Mall, Kuala Lumpur pada 1 November yang lalu, Prof Madya Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh, ada berkongsi tentang cara mendidik anak mengikut jantina mereka.

Artikel Menarik: [Lebih Seorang Anak, Kena Berlaku Adil. Jangan Bandingkan Sebab Nanti Anak Cemburu]

Kata Prof Madya Salida, untuk mendidik anak lelaki tidak boleh dalam keadaan tertekan. Sebagai contoh, mahu anak untuk pandai menghafal jangan dipaksa untuk buka buku dan duduk selama dua jam untuk belajar. Mereka akan merasa tertekan dan hilang minat untuk belajar. Bahkan mereka akan memberontak!

Cara terbaik untuk menggalakkan anak lelaki belajar adalah dengan mengajak mereka bermain. Sebagai contoh, jika anda mahu anak menghafaz ayat Al Quran, bawalah anak lelaki ke taman permainan. Untuk memastikan mereka menghafaz ayat-ayat tertentu bolehlah minta anak membacanya sebelum dibenarkan untuk turun dari papan gelongsor.

Berbeza dengan anak perempuan, mereka sukakan perhatian. Anak perempuan boleh duduk di hadapan buku dalam tempoh masa yang lama untuk belajar asalkan ditemani oleh ibu atau ayahnya. Ketika menemani mereka Itulah, ibu ayah berperanan untuk menerangkan tentang pelajarannya pada hari itu.

Paling penting, untuk mengajar anak-anak ibu ayah harus selalu ingat untuk menjelaskan maksud sesuatu subjek, kemudian minta anda fahami dan hafal. Tidak perlu dipaksa kerana mereka boleh belajar dengan cara yang lebih berkesan jika berada dalam situasi yang mereka suka.

Artikel Menarik: [Biasakan Anak Beri Salam. Walaupun Tak Formal Cukup Untuk Si Kecil Faham]

Tambah Prof Madya Salida lagi, ibu ayah perlu lebih menitik beratkan soal membentuk peribadi anak sejak mereka dari kecil. Itu lebih penting dari mengejar untuk mahukan anak-anak sukses dalam pelajaran semata-mata.

Setiap anak mempunyai kaedah tersendiri untuk belajar, jangan halang minat dan kecenderungan mereka. Bimbinglah anak-anak untuk menjadi yang terbaik dan gilap kelebihan mereka supaya mereka menjadi lebih sukses pada masa akan datang.

Sedari usia empat tahun, anak-anak mula belajar untuk adapt keadaan sekeliling. Ketika waktu inilah, peribadinya akan mulai terbentuk. Sangat penting untuk ibu ayah menunjukkan contoh perilaku yang baik supaya anak-anak tidak keliru dan belajar untuk menjadi anak yang baik.

Artikel Menarik: [Wajib Ada 2 Papan Pemotong! Ia Ada 200 Kali Kotoran Dari Mangkuk Tandas]

Jangan sesekali marahkan anak jika mereka buat salah tanpa menerangkan kepada mereka mengapa hal itu salah. Lebih teruk lagi, (kesalahan yang mereka buat itu adalah kerana copy paste perangai ibu ayahnya!).

Previous
Next Post »
loading...