loading...

Doakan Ainul! Selepas 12 Jam Dibedah Alami Komplikasi Paru-Paru, Bergantung Mesin Pernafasan

Sebelum ini pelawak Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan atau lebih dikenali sebagai Ali Puteh pernah berkongsi keadaan anak keduanya yang menghidap masalah jantung kronik dan terpaksa berkampung di hospital sehinggalah pembedahan dilakukan.

Bayi yang baru berusia 3 bulan itu dilaporkan mempunyai masalah jantung selepas mengalami demam kuning berpanjangan beberapa hari setelah dilahirkan.

Pembedahan selama 12 jam

Bayi comel yang diberi nama Ainul Mardhiah itu terlantar di hospital dengan wayar berselirat dibadan walaupun masih lagi belum mengenal apa-apa berkaitan kehidupan.

Semalam, Ali telah memuat naik gambar mereka sekeluarga dengan kapsyen yang agak menyentuh hati. Menurut pelawak tersebut, gambar itu adalah gambar pertama mereka sekeluarga sebelum anak keduanya itu memasuki dewan bedah untuk melakukan pembedahan.

ARTIKEL BERKAITAN [“Soal Duit Walid Usahakan, Biarlah Susah”. Ainul Masih Tunggu Untuk Pembedahan Jantung]

Paru-paru alami komplikasi, bergantung mesin pernafasan

Lebih membimbangkan, Ainul Mardhiah sekarang hanya bergantung kepada mesin bantuan pernafasan berikutan terdapat komplikasi kepada paru-parunya pula.

Doktor dah cuba sedaya upaya. Semuanya bergantung pada bantuan pernafasan. Harapnya ada sinar buat anak walid dan ibu.

Mohon doa, moga ada keajaiban

Ali Puteh juga turut mengharapkan orang ramai sama-sama memanjatkan doa buat anak keduanya itu kerana hanya keajaiban daripada Allah S.W.T sahaja dapat mengembalikan kesihatan puterinya.

Sehubungan dengan perkara tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dan memberi semangat kepada Ali sekeluarga untuk terus kuat berdepan dengan ujian ini. Semua mendoakan agar Ainul Mardhiah dapat kembali sihat dan memberi kegembiraan buat seluruh ahli keluarga.

Semoga Allah mempermudahkan urusan bidadari syurga ini dan angkat segala kesakitannya untuk hidup dengan normal seperti kanak-kanak seusia dengannya.

Sumber: ig Ali Puteh

Previous
Next Post »
loading...