loading...

Kalau Nampak Isteri Tengah Marah, Kepit Dia Bawah Ketiak Suami. Hilang ‘Angin’!

Mungkin sesetengah isteri akan menolak apabila suami nak peluk cium selepas pulang dari kerja atau selepas dia keluar berjoging di luar. Yalah, siapa yang tahan bau ketiak suami bila dah dibasahi peluh kan?

Artikel Menarik: [Pengorbanan Terbesar Isteri Untuk Suami, Lahirkan Anak. Badan Pun ‘Berubah Bentuk’]

Menciumnya saja boleh buat hidung hilang deria bau! Tapi janganlah negatif sangat, kerana bau ketiak suami sebenarnya dapat membantu isteri menghilangkan rasa stres.

Sebuah kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensylvania dahulu membuktikan bahawa peluh lelaki dapat membantu mengurangkan tekanan dan melancarkan aliran haid. Pelik, tapi benar!

Satu kajian pernah dibuat, bau ketiak lelaki ‘diproses’ daripada mereka yang tidak menggunakan wangian pada bahagian bawah lengan. Kaedah ini dilakukan untuk membuktikan kenyataan deria bau wanita boleh tertarik dengan bau lawan jantina.

Dalam penyelidikan itu, wangian tersebut disapukan pada bibir sekumpulan wanita berusia 25-45 tahun dan mereka tidak diberitahu bahawa ia adalah bau lelaki. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita-wanita terbabit diukur dan penemuannya sangat menakjubkan! Rata-rata mereka bertambah ceria dan mengurangkan ketegangan yang mereka alami sebelum itu.

Artikel Menarik: [Jangan Siap-Siap Cakap Nak Dua Je Anak. Jika Kita Positi, Semua Anak Menjadi]

Selain itu, sebuah bancian yang dibuat ke atas 10 ribu pasangan berkahwin (mengikut sumber kajian MOHEMA) mendapati hanya 45% isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami, itupun kebanyakannya selama tiga tahun pertama perkahwinan sahaja. Hanya 21.7 peratus didapati masih bermanja tidur bawah ketiak suami selepas 10 tahun usia perkahwinan. So sweet!

Artikel Menarik: [Jangan Rushing Nak Hamil Selepas Gugur. Rehatkan Rahin Sepenuhnya Sebelum ‘Bawa’ Bayi Semula]

Sebenarnya hormon bau yang dikeluaran dari ketiak suami dapat membantu mengaktifkan hormon isteri sehingga mereka berasa damai dan tenang. Ia adalah petanda bahawa bau phero suami sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon si isteri.

FAKTA MENARIK:

Dalam kajian tersebut juga mendapati isteri yang tidur atas lengan suami akan tidur lena. Isteri yang suka mencium bau ketiak suami juga akan lambat menjadi tua. Pesanan buat suami, jangan cukur bulu ketiak sehingga licin, biarkan sedikit bulu ada di situ kerana ia merupakan ajen penyebar bau phero yang disenangi wanita.

Sumber: Tehpanas & Mediahub

Previous
Next Post »
loading...