Bermula 1 Januari tahun depan, kerajaan akan mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) dalam setiap kenderaan bagi menyelamatkan anak kecil daripada mengalami kecederaan serius atau kematian sekiranya berlaku kemalangan.
Bagaimanapun, isu ini seolah-olah tiada penghujung kerana ramai ibu bapa yang tak bersetuju dengan pelaksanaan ini yang dianggap mendadak terutama bagi pasangan yang mempunyai anak lebih dari seorang.
Perkongsian dari Dr Syahr Musafir mengenai isu ini mungkin boleh membantu dan memberi jalan kepada golongan ibu bapa dan pihak kerajaan khususnya.
Isu carseat ini isu besar, sebab kerajaan yang nak kuatkuasakan undang-undang wajib guna car seat ini TIDAK membantu rakyat untuk dapatkan car seat. Tak pernah pun mana-mana agensi datang buat bancian ke, bantuan ke, bahkan tidak ada juga pengusaha atau suppliers yang memberi harga diskaun untuk memudahkan rakyat marhaen mendapatkan car seat ini supaya mampu-milik kepada semua orang.
Saya tak cakap pasal rakyat yang mampu, tetapi saya bercakap mewakili rakyat yang tidak mampu. Kalau anda dengan ikat perut tiga empat bulan maka dapat beli car seat untuk 3 orang anak, anda masih tergolong dalam kategori mampu. Di Malaysia ini masih ramai orang yang ikat perut satu tahun pun tak mampu beli carseat RM300 setiap satu untuk 3 orang anak, yang ini baru masuk golongan tak mampu yang saya maksudkan.
Nak wajibkan bermula 1 Januari 2020, bagus. Tetapi nak wajibkan dengan denda (dikatakan RM300 bagi seorang anak yang tak duduk dalam car seat) bermula 1 Januari 2020 adalah tidak adil, mungkin boleh jadi keterlaluan, melampau atau menzalimi.
Banyak keluarga yang mempunyai ramai anak, nak kena bincang isu tak muat kereta, bla bla bla lagi. Semua ini BUKAN MUDAH.
Laksanakanlah peraturan ini secara berperingkat. Slowly but surely. Mungkin Januari hingga Jun 2020, wajibkan sekurang-kurangnya 1 kereta 1 carseat walaupun ada anak 3 orang. Kemudian Jun hingga Dis 2020, perlu ada sekurang-kurangnya 2 car seat. So on and so on, bincangkanlah.
Bab carseat ni, saya yakin semua rakyat menyokong cadangan ini. Yang rakyat bantah dan marah atau kecewa adalah pelaksanaan yang terlalu drastik.
Orang atasan bahkan rakyat semua kena ingat, faham dan sedar, penggunaan carseat ini hanyalah sekadar mengurangkan impak kecedaraan atau kematian apabila berlaku kemalangan sahaja. Penggunaan car seat TIDAK mencegah kemalangan daripada berlaku.
Saya ulang, penggunaan carseat dapat mengurangkan impak kecederaan dan kematian apabila berlaku kemalangan jalan raya tetapi penggunaan car seat TIDAK MENCEGAH kemalangan jalan raya daripada berlaku.
Tu, kes pemandu minum arak yang mabuk memandu kenderaan melanggar orang lain yang tidak mabuk arak sehingga menyebabkan kematian orang tak berdosa itu LEBIH WAJIB diperketatkan undang-undang tak boleh memandu masa mabuk dan hukumlah dengan hukuman mati bagi pemandu mabuk, biar pemabuk-pemabuk berhentikan perangai memandu ketika mabuk. Pengurangan bilangan atau penghapusan pemandu mabuk semestinya dapat mencegah kemalangan jalan raya. Kalau nak laksanakan undang-undang pemandu mabuk diharamkan memandu bermula HARI INI pun boleh, tak payah tunggu esok atau 1 Januari 2020 pun!!!
Saya ulang, mengurangkan atau menghapuskan pemandu mabuk arak pasti dapat mencegah kemalangan jalan raya daripada berlaku. PASTI.
Sumber: Dr Syahr Musafir