loading...

Setiap Tubuh Manusia Berbeza. Kalau Tak Boleh Terima Makanan Tersebut, Berpantanglah Seumur Hidup

Setiap tubuh manusia berbeza. Apa yang boleh diterima oleh badan kita tak semestinya boleh diterima oleh tubuh badan orang lain. Doktor Hairin Anisa menjelaskan tentang berpantang vs food intolerance dan food allergies.

Assalamualaikum & selamat malam.

BERPANTANG vs FOOD INTOLERANCE & FOOD ALLERGIES

Saya teringat setiap kali saya melahirkan, saya memang amalkan makanan yang saya kira sihat dan seimbang dan berpantang daripada mengambil makanan yang tubuh saya tak boleh terima contohnya macam labu, ubi kayu dan beberapa lagi yg buat perut saya bertambah anginnya (kembung) & bisa badan.

Makanan-makanan ini sebenarnya yg menyebabkan tubuh SAYA tak boleh terima dan dikategorikan sebagai food INTOLERANCE.

Malah saya berpantang daripada mengambil apa-apa makanan yang menyebabkan saya gatal macam udang dan sotong kerana tubuh SAYA tak boleh terima kerana dikategorikan sebagai FOOD ALLERGIES. Jadi, saya memang amalkan pantang ini bukan hanya selepas bersalin tapi sepanjang hidup saya setiap kali saya dapati jenis-jenis makanan yang saya ada allergies atau intolerance.

Namun, setiap manusia itu berbeza. Adakah makanan yg tubuh SAYA tak boleh terima itu sama dgn orang lain? Jawapannya pasti tidak sama. Jadi please jangan sesekali bagitahu semua orang supaya jangan makan benda yang sama yang kita sendiri tak boleh terima.

Begitu juga kalau tubuh kita boleh terima semua makanan…jangan mendabik dada dengan sombong menyuruh orang lain untuk ambil semua makanan tanpa berpantang kerana diri sendiri sentiasa sihat dan awet muda.

Ingatlah bahawa Allah swt yang beri kita kesihatan, maka bersyukurlah dan tak perlu riak dan mengutuk orang lain tidak berilmu sedangkan diri sendiri juga kurang ilmu utk beradab memberi ilmu kpd orang lain.

Sedangkan ada ramai insan-insan yang Allah swt uji dgn Food intolerance dan food allergies yang terpaksa menghadapi pelbagai simptom-simptom yang menyakitkan. Belum sampai ujian tersebut kepada kita, maka berhati-hatilah dalam berkata-kata. Sesungguhnya riak itu hanya akan memakan diri sendiri.

Saya share di sini beberapa slides lectures yg saya pernah sampaikan tentang Tummy ache : FOOD INTOLERANCE vs FOOD ALLERGIES di satu seminar anjuran ENT, HSA JB

Ada perkara dlm sains yang masih dalam kajian dan hanya hipothesis dan sukar dijelaskan serta diluar pengetahuan kita.

Ini kerana ilmu Allah swt ini sangat luas dan menjangkaui batasan fikiran manusia. Jadi sekalipun ahli sains, please jangan terlalu bangga dgn ilmu yg kita ada. Kita ada ilmu hanya dibidang kita tapi kita tiada ilmu dibidang orang lain.

Justeru, biarlah hidup ini kita saling menyantuni manusia tanpa menyakitkan hati mereka yg tiada ilmu dlm bidang kita. Hanya Allah swt yg punya segala ilmu dan mengetahui segala yg terjadi atas kehendak dan iradatnya.

Sumber: Dr. Hairin Anisa

Previous
Next Post »
loading...