loading...

Ibu Dalam Pantang Sanggup Hempaskan Diri Untuk Selamatkan Bayi Baru Lahir Dari Terjatuh Motor

Beberapa hari lalu tular gambar bayi dan ibu yang terlibat dalam kemalangan akibat daripada kain yang dipakai mangsa tersangkut pada rantai motor suaminya.

Demi menyelamatkan bayinya yang baru beberapa hari lahir, mangsa sanggup menghempaskan diri agar si kecil tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Begitulah besarnya pengorbanan seorang ibu. Tiada siapa yang inginkan kemalangan berlaku lebih-lebih lagi melibatkan anak kecil. Namun kecuaian kecil boleh membawa padah.

Kisah ini dikongsi oleh pemilik facebook Maha Rani dan rata-rata wargaNet bersimpati dengan kedaan ibu yang masih berpantang. Beberapa keping gambar juga memperlihatkan mangsa masih dalam keadaan berpantang melalui cara pemakaian iaitu berstokin dan berbengkung.

Dalam perjalanan ke Koperasi Redang Punggur, saya sempat membantu mangsa jatuh motor kerana kain isterinya tersangkut pada rantai motor.

Isterinya sedang mengendung anak kecil dan isterinya masih dalam pantang. Kejadian berlaku di hadapan SMK Sultan Abdullah Chenderong, Balai Labu Kubung.
Nasib baik kedua anak mereka tidak mengalami kecederaan. Mangsa nak pergi klinik nak buat rawatan selepas bersalin.

Alhamdulillah semua selamat kecuali ibu dalam mengerang kesakitan mungkin terhempas. Itulah kasih ibu sanggup dirinya terhempas demi memastikan anak kecilnya selamat. Masya Allah!!

Sumber: Maha Rani

Previous
Next Post »
loading...