loading...

Mengadu Sakit Dan Perut Bengkak, Tak Sedar Bayi Dah 15 Tahun ‘Tersorok’ Dalam Perut

Seorang wanita dari Sudan dikatakan telah melakukan pembedahan selepas pihak hospital menemui bayi yang telah ‘mengeras’ di dalam perutnya. Apa yang lebih mengejutkan apabila mengetahui bahawa bayi berkenaan sudah pun ‘tersimpan’ di dalam perut wanita itu selama 15 tahun.

Bayi berusia 15 tahun ‘tersimpan’

Seorang wanita berusia 60 tahun yang berasal dari Khartoum, Sudan mengadu sakit dan bengkak dibahagian perut. Individu tersebut dikatakan telah pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Menerusi World Of Buzz, pihak hospital kemudian melakukan imbasan ultrasound dan CT scan dan hasil daripada imbasan tersebut amatlah mengejutkan.

Doktor menemui bayi yang sudah meninggal dunia dalam perut wanita tersebut. Keadaan bayi berkenaaan dikatakan telah mengeras kerana sudah hampir 15 tahun dia berada di dalam perut ibunya itu.

Kes jarang berlaku

Menurut doktor, disebabkan wanita tersebut telah berusia dan saiz kandungannya yang agak besar memberi risiko terhadap nyawa pesakit ini. Dia juga dikatakan mempunyai peluang yang agak tipis untuk bertahan dalam pembedahan mengeluarkan bayi berkenaan.

Walau bagaimanapun, selepas pemeriksaan lanjut, pihak hospital mendapati bahawa bayi berkenaan dikelilingi oleh jisim yang tebal dan tiada karsinoma sel (kanser) atau fibrosis iatu penebalan atau parut tisu penghubung yang berkaitan dengan bayi itu.

Fenomena ini dikenali sebagai lithopedion atau kandungan sktopik mengeras. Keadaan ini berlaku apabila janin mati di luar rahim yang terlalu besar untuk diserap oleh tubuh badan. Fenomena seperti ini dikatakan jarang berlaku kerana sepanjang 400 tahun dalam sejarah perubatan wujud, hanya ada 300 kes sahaja yang dikenalpasti pernah terjadi.

Sumber: Oh Bulan via Twitter, World Of Buzz

Previous
Next Post »
loading...