loading...

Welson Sim tetap taruhan

UALA LUMPUR, 12 Nov — Atlet renang negara, Welson Sim tetap menjadi sandaran utama untuk mengekalkan tiga pingat emas pada temasya Sukan SEA Filipina 2019 yang akan membuka tirai pada 30 Nov hingga 11 Dis ini.

Ketua jurulatih renang negara, Chris Martin berkata atlet berusia 22 tahun yang kini menjalani latihan di Melbourne, Australia akan menyertai skuad renang di Clark.

“Dia akan terus pergi ke Filipina untuk berjumpa dengan kami kerana jurulatihnya mahu dia terus berada di sana, jadi dia akan bertemu kami di sana,” katanya pada sidang media Team Malaysia Sukan SEA 2019 hari ini.

Sementara itu, pengurus pasukan renang, Liee Yien Yee mengesahkan seorang lagi perenang negara Tern Jian Han tidak dapat beraksi pada temasya dwitahunan itu ekoran kecederaan dan tempatnya akan digantikan dengan atlet muda, Steve Khiew Hoe Yean.

“Yang akan ganti (Jian Han) adalah Steve Khiew. Dia memang ada potensi serta sangat rajin dan komited dalam latihan untuk Sukan SEA seterusnya dan ini adalah masa untuk dia mendapat pendedahan,” katanya.

Seramai 15 atlet bakal menggalas cabaran dalam 36 disiplin yang dipertandingkan dalam acara renang bermula pada 4 Dis.

Malaysia menyasarkan tiga pingat emas pada edisi kali ini dan yakin sasaran itu dapat dicapai berdasarkan kejayaan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Untuk rekod, sukan akuatik tampil cemerlang pada edisi lepas apabila menghadiahkan keseluruhan 20 pingat emas buat kontinjen negara termasuk lima dalam acara renang.

— BERNAMA

Diharap Welson dapat pergi lebih jauh lagi pada Sukan SEA kali ini. Mungkin dapat mencipta lebih banyak rekod selain memastikan rekod pada Sukan SEA lepas dapat dikekalkan.

Please follow and like us:

error0
Previous
Next Post »
loading...