loading...

Baby Bukan Tak Nak Dibedung. Tapi Teknik Kita Yang Salah, Guna Teknik 5S Cuddle Cure

Cabaran mempunyai high demand/colic baby bukan main-main. Ini bukan rungutan. Tapi sebuah perkongsian supaya bakal ibu bapa alert, bersedia dan mencari ilmu.

1) Baby high demand/ colic (sawan tangis) adalah baby yang sensitif dan susah untuk beradaptasi dengan suasana baru. Mereka ambil masa 4 bulan pertama sebelum dapat menerima suasana di dunia yang sangat asing dari alam rahim.

2)Baby high demand, sangat susah tidur. Tidak akan tidur di bawah. Dia hanya mahu tidur di dada, di riba ibu, mengempeng 24 jam. Boleh jadi 8-12 jam direct tidak tidur.

3) Selain tidak tidur, baby high demand akan menangis meraung sepanjang tidak tidur.

4) Selain itu, apa sahaja perkara akan menyebabkan baby high demand menangis seperti sakit sangat. Pakai baju menangis, mandi menangis, pakai pampers menangis, sedu menangis, kentut menangis, buka baju menangis. Dan bila dah menangis susah pula nak berhenti dan tak berhenti.

5) Walaupun ibu dalam pantang dibantu penuh oleh suami dan keluarga, tidaklah mustahil boleh sampai tahap meroyan dan mencederakan anak (nauzubillah). Saya ketika berpantang dibantu penuh oleh keluarga dan suami. Itupun saya masih tak sempat mandi, tak sempat makan kerana tiada ilmu tangis bayi dan baby asyik menangis siang malam taknak dengan orang lain. Saya sendiri hampir mencederakan anak yang sedang menangis dan tak mahu tidur langsung.

6) Sebenarnya apa yang mereka mahukan adalah rasa seperti di alam rahim. Mereka tidak selesa. Tetiba je lahir dunia ini sangat asing bagi mereka
-Mereka tak berbaju di alam rahim
-Dalam rahim sempit. Tangan kaki tidak dapat bergerak banyak
-Dalam rahim bunyinya bising. Bunyi gas dalam perut. Bunyi aliran darah.
– Dalam rahim bersuhu badan. Tidak panas tidak sejuk seperti di luar.
-Dalam rahim duduknya tunggang terbalik. Tidak berbaring rata.
– Dalam rahim berayun-ayun. Bila lahir kita letakkan di bawah statik tidak bergerak.

Jadi, atas faktor inilah baby-baby yang sensitif mengambil masa beradaptasi dengan dunia baru. Mereka mahukan rasa seperti di dalam rahim barulah boleh selesa dan tenang.

Maka cara untuk tenangkan baby high demand adalah dengan meniru dan memberikan rasa seperti di alam rahim.

Baby menangis bukan sebab jin, iblis, syaitan. Tetapi sebab faktor di atas.

Gunakan kaedah 5S cuddle cure.

S- Swaddle. Bedung. Bedung ketatkan bahagian tangan betul-betul supaya tidak terbuka apabila baby terkejut/ moro reflex. Baby bukan taknak bedung. Tapi sebenarnya teknik kita yang salah. Biarkan tangan baby di kunci. Ia lebih selesa. Jangan samakan baby dengan kita.

S- Susshinng ( Bunyi white noise). Boleh buatkan bunyi shhhhhh di telinga baby semasa mahu tidurkan baby yang sudah di bedung. Lagi kuat baby menangis, lagi kuatlah kita kena bunyikan shhhh.. Ataupun gunakan bunyi white noise seperti bunyi vakum, kipas, engin kereta, hujan..bunyi-bunyi yang kuat dan membingitkan. Ada applikasi white noise ataupun di youtube.

S- Sucking. Gunakan pacifier apabila baby sudah kenyang tetapi hanya mahu mengempeng dan tidur.

S-Swing. Ayunkan baby. Ini ada tekniknya. Sila belajar dari page Baby Language.

S- Side. Tidurkan baby secara mengiring. Ini pun ada tekniknya juga.

Kesemua teknik 5S ini boleh dipelajari dari page Baby Language, beli buku daru Puan Uswatun Hasanah ataupun slot videocall, ataupun set appointment.

Untuk bakal ibu bapa, saya sangat sarankan belu dan bacalah buku Mengapa Bayi Anda Menangis. Ia sangat membantu anda mengenali sifat-sifat baby easy going, high demand dan colic baby.

Moga bermanfaat untuk semua.

Sumber: Hazirah Hj Hamzah

Previous
Next Post »
loading...