loading...

Karies Gigi Tak Semestinya Pada Anak Yang Hisap Botol, Yang Tak Hisap Botol Pun Boleh Terkena

Karies botol susu hanya pada nama kerana anak yang tak guna botol pun masih boleh dijangkiti. Kenapa boleh berlaku? Ikuti perkongsian daripada juruterapi pergigian, Puan Sharipah Eyie.

KARIES BOTOL SUSU hanya pada nama. Kalau tak hisap botol pun still boleh jadi. Jangan kata, i breast feeding (bf) mom, i tak macam uollsss formula (fm) mom, tak guna botol. So anak i tak karies botol susu.

Nama lain nya ialah karies rampan

Terjadi apabila anak tertidur dengan botol susu di mulut, kemudian susu bertakung di dalam mulut, gigi atas terendam di dalam susu yang bertakung tersebut. (Biasa terjadi pada gigi hadapan and then spread all over)

So tak hairan la kalau bf tapi still jadi karies. Terutama pada baby atau akak baby atau abang baby yang suka ngempeng. Plus, fm ke ebm ke both ada kandungan gula, ( CUMA TAK NAFI, GULA DALAM FM MEMANG TINGGI), even tak nampak kat mata gegula nya.

Still akan jadi punca-punca kerosakan gigi. Jangan lupa resepi utama;

1. jangan biar anak tidur dengan susu di mulut.
2. bagi baby hisap botol plain water selepas susu, or:
3. Lap dengan wet cloth yang bersih.

Sumber: Sharipah Eyie
Juruterapi Pergigian

Previous
Next Post »
loading...