loading...

“Dulu C-Sect, Kedua Masih Breech.” Hafizul Kamal Minta Tip Isteri Teringin Bersalin Normal

Pelakon Hafizul Kamal mendedahkan isterinya, Nurul Fariza Ibrahim menyimpan hasrat bersalin secara normal untuk anak kedua mereka.

Sebelum ini untuk anak pertama pun isteri bersalin secara pembedahan. Hafizul berkongsi perkara itu menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya.

Hafizul yang juga merupakan pelakon filem PASKAL The Movie ini juga berharap agar peminat dapat mendoakan isterinya.

“Masa @raisyaamanda__ dulu c-sect… Yang 2nd ni pun masih breech lagi at 35 weeks. Mieja teringin nak bersalin normal.

“Kalau tak keberatan saya minta tolong doakan Mieja dapat merasa bersalin normal. Amin,” tulisnya.

Bagaimanapun, posting Hafizul itu telah mendapat respons positif dari peminatnya dengan berkongsi beberapa tip untuk mempermudahkan kehamilan.

Ada lagi peluang untuk bersalin normal

Sujud lama ketika solat

Terdahulu, Hafizul dan Fariza atau lebih mesra dengan panggilan Mieja mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2016.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini kemudiannya dikurniakan seorang anak, Raisya Amanda pada 25 Oktober 2017.

Sumber: IG Hafizul Kamal

Previous
Next Post »
loading...