loading...

Cukup 44 Hari Pantang, Elfira Kongsi Foto Penuh Anaknya Muka Chinese Look

Betullah orang kata kehadiran anak memberi kebahagiaan dalam rumah tangga. Begitulah fasa yang dilalui oleh pelakon cantik, Elfira Loy selepas selamat menimang cahaya mata lelaki pada 1 Oktober lalu.

Sepanjang tempoh berpantang, Elfira selalu juga memuat naik gambar dan perkembangan terbarunya bersama anak, Muhammad Rayyan Khalaf di instagramnya. Namun pelakon berusia 25 tahun itu tidak memaparkan wajah penuh bayi itu.

Mungkin sepanjang tempoh pantang itu Elfira ada caranya tersendiri dan tidak mahu ada pelbagai kontroversi yang boleh menganggu rutin untuknya kembali pulih seperti sedia kala.

Cukup 44 hari kongsi wajah anak

Namun sempena dengan habis berpantang selama 44 hari, Elfira buat pertama kalinya telah berkongsi gambar penuh anak sulungnya itu dan telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Melalui sekeping gambar yang menunjukkan Rayyan memandang tepat ke arah kamera itu, ternyata buat ramai peminat Elfira geram.

Dengan mata yang sepet dan ada iras chinese look ikut El dan wajah yang seiras dengan suaminya, Muhammad Faris Khairol Anuar nampaknya sama adil untuk pasangan ini.

Peha ke drumstick?

Bagi peminat El, mereka bukan saja teruja melihat wajah Rayyan tetapi geram melihat pehanya dan badan yang semangat. Ramai juga yang menyifatkan putera sulungnya saling tak tumpah seperti bapanya.

Bahagia lihat kehidupan Elfira, semoga dapat menjadi ibu yang baik dan berjaya membesarkan anak menjadi insan yang soleh.

Sebelum ini El telah selamat melahirkan Rayyan secara normal dengan berat 3.68 kilogram dan awal seminggu dari tarikh jangkaan doktor.

Sumber : Elfira Loy

Previous
Next Post »
loading...