loading...

Bukan Main Sedap Dia ‘Asah’ Gigi, Mama Jadi Seriau Waktu Susukan Anak

Ketika gigi bayi mulai tumbuh, biasanya mereka cenderung untuk mengalami rasa gatal pada gusi. Jadi mereka cenderung untuk menggigit benda lembut untuk melegakan kegatalan gusi itu. Salah satu daripadanya adalah payudara ibu. Mungkin ada sesetengah ibu yang berasa trauma untuk menyusukan bayi kerana rasa sakit akibat digigit.

Sebenarnya ia boleh diatasi dengan beberapa kaedah mudah. Sakit macam mana pun, ibu takkan sampai hati untuk menghentikan penyusuan kan? Pasti akan diteruskan, jadi buat anda yang mengalami masalah anak suka menggigit payudara, bolehlah cuba 7 teknik ini:

1. KETAHUI PUNCA
Kenal pasti apakah punca sebenar yang menyebabkan bayi suka menggigit. Salah satu kemungkinan yang boleh diandaikan ialah bayi berasa kecewa kesan daripada gagal memperoleh susu seperti yang diingininya. Sekiranya itu adalah puncanya, anda perlu merangsang payu dara agar aliran susu adalah lancar bagi memenuhi keperluan bayi.

Dalam usaha melancarkan aliran susu, apa yang boleh anda lakukan ialah menuam payudara menggunakan tuala yang telah direndam ke dalam air suam terlebih dahulu. Pada masa yang sama lakukan urutan khas payudara.

Artikel Menarik: [Bayi Asyik Menangis, Tak Sampai Hati Tengok. Bila Periksa, Rupanya Kembung Perut]

2. BERALIH PAYUDARA
Salah satu langkah yang boleh anda lakukan ialah dengan mengalihkan bayi daripada payu
dara yang sedang digigitnya kepada payu dara yang lainnya. Lakukannya secara perlahan-lahan agar ia tidak mendatangkan kecederaan kepada puting.

Dalam keadaan tertentu, anda juga boleh membiarkan bayi buat seketika sebelum menyambung semula sesi penyusuan. Dengan cara sebegini, diharap bayi akan bertolak ansur dan memahami bahawa jika dia menggigit anda, balasannya dia tidak dapat meneruskan penyusuan.

3. SELESAKAN POSISI
Sepanjang sesi penyusuan berlangsung, adalah sangat penting untuk anda memastikan posisi penyusuan yang anda gunakan benarbenar memberikan keselesaan kepada
bayi dan diri anda juga.

Jika anda mendapati bayi kelihatan tidak selesa dengan posisi yang diguna pakai, segera ubah posisi lain agar ia tidak sesekali mengganggu proses penyusuan yang sedang
Berlangsung.

4. LERAIKAN DENGAN JARI
Apabila anda seakan-akan mahu menggigit, segera masukkan jari kelingking di bahagian tepi mulutnya bagi membolehkan anda meleraikan mulutnya daripada payu dara. Namun, anda diingatkan agar tidak meleraikan sesi penyusuan secara tiba-tiba tanpa memasukkan jari kelingking terlebih dahulu. Dengan cara ini, anda dapat mengelakkan diri daripada mencederakan puting yang sekali gus mengurangkan rasa sakit akibat puting yang melecet.

5. GIGIT SESUATU
Berikan bayi alat-alat lain untuk dia gigit. Contoh terbaik ialah teether. Paling tidak pun tuala kecil yang telah disejukkan terlebih dahulu di dalam peti sejuk beku. Alat-alat seperti ini amat berguna kerana ia boleh digunakan untuk memenuhi keinginan bayi menggigit.

Artikel Menarik: [Mama Dah Transform Jadi Panda, Anak Tak Mahu Tidur Malam. Asyik Meragam!]

6. JANGAN JERIT
Anda dinasihatkan agar tidak sesekali meninggikan suara dan menjerit kepada bayi ketika dia menggigit. Malah, anda juga diingatkan agar tidak memukul atau menampar pipi atau bahagian anggota tubuh yang lain. Jika hal sebegini dilakukan, ia akan menyebabkan bayi terkejut dan mengalami perasaan takut untuk meneruskan penyusuan. Lebih teruk lagi apabila ia mungkin penyebab bayi enggan lagi menyusu di sesi penyusuan seterusnya.

7. TELITI GAYA PENYUSUAN
Sekiranya prihatin dengan gaya penyusuan bayi, anda dapat mengelakkan gigitan bayi biarpun di akhir sesi penyusuan. Hal ini dapat anda lakukan dengan mengetahui sama ada dia suka menggigit apabila mula mengantuk kerana kenyang ataupun ketika puting hampir terlepas daripada mulutnya.

Artikel Menarik: [Jangan Kacau Iu Lepas Jam 11 Malam. Waktu Ni Dia Tengah Nak Cantik & Kurus!]

Oleh yang demikian, adalah sangat penting untuk anda sentiasa peka dan bersedia untuk
menghentikan penyusuan setiap kali bayi menunjukkan tanda-tanda mahu menggigit apabila sesi penyusuan bakal berakhir.

Previous
Next Post »
loading...