“Saya bangun tidur, nak turun katil tiba-tiba macam saya pijak jarum! Apa perlu saya buat?”.
Kejadian seperti ini dipanggil sebagai Plantar Fascitis atau sakit tumit. Ia biasanya berlaku kepada individu yang mempunyai berat badan berlebihan mahupun ibu mengandung. Plantar Fascitis adalah keadaan di mana jaringan tisu mengalami inflamasi dan ia terletak di bawah telapak kaki anda untuk menyokong berat badan serta keseimbangan tubuh badan anda.
Artikel Menarik: [Kalau Boleh Hari-Hari Nak Scan Baby. Tak Perlu Selalu, Dia Pun Tak Nak Tunjuk Muka]
Ikuti penjelasan dari Norhaslini Md Nor, ahli fisioterapi tentang masalah ini dan senaman yang boleh anda amalkan untuk mengurangkan rasa sakit itu.
Perasaan nyeri di tumit khususnya berlaki di waktu pagi. Umumnya keadaan akan menyerang mereka yang kerap melakukan aktiviti berlari, berjalan terlalu lama, dan berdiri serta struktur tapak kaki yang rata (flat foot) dan tinggi lengkungannya (high arch).
Plantar Fascitis akan mula menyerang wanita yang hamil terutamanya apabila kandungan mulai membesar dan memasuki penghujung trimester kedua sehingga sepanjang trimester ketiga. Apabila seorang wanita sedang mengandung mereka terdedah kepada masalah sendi terutama bengkak pada pergelangan kaki dan kesukaran berjalan disertai dengan sakit kaki.
Artikel Menarik: [Mulut Bersih, Gigi Elok Boleh Buat Wanita Lebih Subur. Suami Pun ‘Mendekat’!]
Tetapi ada juga wanita hamil yang mengalami masalah ini apabila seorang naik berat badan pada trimester pertamanya, ia biasanya akan menimbulkan ketegangan pada plantar fascia dan menyebabkan ia menjadi radang.
Berikut terdapat beberapa senaman yang pakar fisioterapi akan ajarkan. Setiap senaman ini akan dibuat di bawah pemantauan. Senaman ini sangat ringkas dan mudah. Ia juga tidak mendatangkan kemudaratan kepada ibu hamil. Wanita yang sedang berpantang juga boleh mengamalkan senaman ini.
Artikel Menarik: [Tak Ada Istilah ‘Accident’, Kena Pandai Rancang Bila Waktu Sesuai Nak Tambah Anak]
1. Toe curls with towel
Senaman ‘Toe Curls With Towel’ ini adalah untuk merangsang sendi sendi bergerak disamping merangsang perjalanan darah. Dilakukan 10 kali dan 2 kali setiap hari. Sebaiknya dibuat pada waktu pagi dan malam.
2. Toe extension
Senaman kedua adalah ‘ Toe Extension’ senaman ini agak sedikit terasa nyeri kerana ia meregangkan band tissue di bawah telapak kaki. Kesan nyeri adalah hanya sekejap. Senaman ini sangat bermanfaat ketika bangun dari tidur. Ia dilakukan dalam kiraan 10 saat dan dilakukan selama 2-3 minit. Dan harus dilakukan 2 – 4 kali sehari.
3. Calf stretch
Senaman ini sangat membantu mereka yang nyeri hingga ke betis. Ia memberikan kesan regangan yang sangat tepat kepada bahagian otot betis dan achilles tendons. Regangan ini dilakukan diatas kerusi dan diatas pantauan. Tahan selama 10 saat dan ulang sebanyak 3 kali. Jika anda mahu lakukan senaman ini, pastikan ada peneman untuk mengawal kedudukan anda.
4. Towel Stretch
Senaman ini dibuat dalam keadaan duduk yang memberikan kesan regangan di otot.. Bagi mereka kaki yang terlalu bengkak boleh lakukan secara duduk Tahan selama 10 saat dan ulangi 3 sesi.
5. Standing Calf Stretch
Senaman yang meregangkan dari otot betis sehingga peha. Mampu membuat kaki anda berasa ringan. Lakukan selama 10 hingga 15 saat 1 sesi.. Dan dilakukan 3 kali ulangan.
Diharapkan dengan perkongsian dari ahli fisioterapi ini dapat membantu ibu hamil yang mengalami rasa sakit pada tumit. Cubalah untuk mengamalkan senaman ini unuk mengurangkan kesakitan yang anda rasakan. Selamat mencuba!