loading...

Kalau Betul Anak Salah Terus Ajar Minta Maaf. Risau Anak Ego Sebab Selalu Back Up

Maaf antara perkataan wajib yang perlu di ajar pada anak jika buat salah selain perkataan tolong dan terima kasih. Cuma nak ajar anak mengungkapkan perkataan maaf tidak semudah yang disangka, apatah lagi jika anda sudah terlewat mengajarnya.

Kanak-kanak yang sudah faham akan maksud perkataan maaf mungkin akan sukar mengungkapkannya kerana mereka berasa ego.

Bagaimanapun, sesetengah kanak-kanak pula amat mudah untuk mengucapkan “Minta maaf” atau “I’m sorry”.

Perkongsian dari Puan Sharifah Zahidah ini boleh memberi panduan untuk ibu bapa faham dan membiasakan anak sejak awal.

“Minta maaf Ibu, Kakak salah..”

“Minta maaf Ibu, Hanoonah salah..”

Ini ayat yang selalu Maryam dan Hanoonah ucap bila mereka sedar mereka buat salah.

Sambil cakap, sambil tunduk kepala. Nampak betul insafnya. Dulu-dulu tak macam ni pun. Kalau dulu, minta maaf tu kadang ikhlas penuh rasa berdosa, kadang drama dan penuh rasa terpaksa.

Tapi sekarang, alhamdulillah. Setiap kali buat salah. Nampak lah riak penuh bersalah di wajah.

Dulu, bila anak minta maaf sebab buat salah, respond saya selalunya,

“Baguslah, lain kali jangan buat lagi ya,”

As simple as that.

Common kan ayat ni?
Tak salah respond ini.

Tapi lama kelamaan, saya tengok kadang-kadang Maryam dan Hanoonah agak memberontak bila dia orang minta maaf, walaupun mereka voluntarily minta maaf dan mengaku salah, tapi macam ada rasa ego yang membatu yang masih berselindung di sebalik ucapan itu.

Jadi saya pun tengok balik, di mana approach yang silap, sampailah saya nampak di mana ruang saya patut improvise.

Tau di mana?
Pada ungkapan respond saya di ataslah.

Seringkas, “Ok kakak, lain kali jangan buat lagi,”

Macam saya kata, respond common ni tak salah. Tapi adakah respond ini membantu anak kita belajar dari kesilapan dan lebih matang menguruskan konflik dan perasaan?

Jawapannya, tidak.

“Jadi, bila anak minta maaf kerana tahu dia salah apa kita patut buat?”

Anak minta maaf bila buat salah, tak bermakna “syllabus maaf” dah habis. Ada lagi syllabus pasca minta maaf pula. Ini jauh lagi kritikal.

Pasca minta maaf ni penting, jika diabaikan, maka jadilah adegan mak ayah paksa anak minta maaf, dan anak pula sorok tangan kat belakang sambil geleng-geleng kepala memberontak tak mahu minta maaf.

Ok, jadi nak elakkan adegan mcm ni berulang, apa approach saya buat lepas diaorang dah mula pandai minta maaf?

Pertamanya, saya NYATAKAN BAHAWA SIKAP ANAK-ANAK MEMINTA MAAF ini adalah sikap yang baik, sikap terpuji, sikap yang hanya dimiliki oleh orang-orang yang cintai ALLAH dan sayangkan Nabi Muhammad saw.

Contoh,

“Ibu memang kecewa dengan perbuatan salah yang Kakak buat, tapi Kakak dah buat TINDAKAN yang betul sekarang ni bila kakak mengaku salah dan meminta maaf.

Perbuatan minta maaf ni perbuatan yang ALLAH suka. Kalau tadi kita buat dosa, bila kita minta ampun dengan ALLAH dan minta maaf dengan orang yang kita sakiti tu, itu akan padamkan dosa kita. Akan jadikan kita orang lebih baik dan disayangi. Kita akan rasa happy setiap hari. Sebab ORANG yang ALLAH sayang, dia akan rasa happy setiap hari.”

Itu skrip asas pertama, beritahu bahawa TINDAKAN DIA MEMINTA MAAF ADALAH A GOLDEN ACT YANG PATUT DIA KEKALKAN SAMPAI BILA-BILA.

Selalu saya tengok, anak-anak kecik yg diajar minta maaf ni dia akan ‘memusuhi’ perbuatan minta maaf tu. Dia rasa kalah, tewas, tersakiti dan dimalukan.

Kerana apa anak-anak rasa macam tu? Sebab tiada skrip di atas yang dimasukkan dalam pemahaman mereka. Bila mereka tiada fahaman yg betul tentang minta maaf, maka dia akan buat fahaman sendiri. Dan di sini tercetusnya salah faham.

Salah faham apa?
Minta maaf tanda aku kalah.
Minta maaf mencalar maruah.
Minta maaf tanda aku lemah.
Minta maaf tanda aku tak terbela.

Sebelum salah faham ni tercipta, install fahaman betul dalam belief anak kita tentang minta maaf.

Pokoknya, dont simply say, “Dah lain kali jangan buat lagi..”

A big no. Gantikan dengan skrip lebih baik.
Ya.. Nampak simple kan.

Tapi yang simple inilah bila diikut-ikutkan tanpa jelas tujuan dan tauladan, tak membantu anak kita belajar menjadi lebih baik dan membentuk fahaman yang betul tentang kepentingan berakhlak mulia.

Sumber: Sharifah Zahidah

Previous
Next Post »
loading...