“Ainul nampak sangat comel, bibir dia cantik, pipi dia tembam. Insya-Allah mama akan jaga Ainul walau apa jua ujian dan cabarannya,” kata ibu kepada Ainul Mardhiah.
Nurul Erwani Zaidi, 24, memaklumkan anak perempuannya berusia sembilan bulan itu yang menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor kini sedang berehat dan berada dalam keadaan stabil.
Melalui status yang dimuat naik di Instagram miliknya, Nurul Erwani berkata, pembedahan membuang ketumbuhan anaknya itu berjaya dan Ainul berjaya melepasi risiko bahaya.
“Alhamdulillah, sampai tidak tahu macam mana lagi nak ucap terima kasih pada doktor yang terbabit. Sangat bersyukur dapat kenal dan jumpa mereka semua.
“Ainul sekarang sedang berehat dan doktor tengah memantaunya,” katanya.
Malah, Nurul Erwani turut memuat naik gambar terbaharu Ainul Mardhiah dan kelihatan anak kecil itu sedang tidur.
Nurul Erwani juga turut menitipkan kata-kata kesyukuran kerana Ainul dah berjaya melalui satu pembedahan besar dan sangat bersyukur Allah permudahkan segalanya. Doa orang ramai yang tak putus-putus buat Ainul juga antara yang diangkat oleh Allah untuk mengurangkan kesakitan yang dialaminya sejak lahir.
Ainul Mardhiah, jangan risau anak mama. Dah tiada lagi benda yang akan ganggu anak mama lagi. Kita doa sama sama ya supaya Ainul Mardhiah sentiasa dilindungi oleh Allah dan diberikan kesihatan yang baik pada hari hari yang akan mendatang❤️
Terima kasih atas doa doa semua rakyat Malaysia, sumbangan dan bantuan yang diberikan sangat sangat bermakna pada kami. Tanpa bantuan semua, Ainul tak mungkin akan sampai di London.
Kami tak mampu nak balas jasa semua orang yang banyak membantu dan mendoakan untuk kami💕
Alhamdulillah, nikmat Allah paling besar dan paling berharga ❤️
Semalam, Ainul Mardhiah selamat menjalani pembedahan membuang tumor seberat kira-kira 200 gram di mulutnya.
Sumber: Ig Nurul Erwani & Metro