loading...

“Kesihatan Bidadari Syurga Walid Semakin Meningkat”. Doakan Ainul Berjaya Ujian Seterusnya

Kesihatan Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, yang menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor dan kini dirawat di sebuah hospital kanak-kanak di London, semakin meningkat.

Berita baik itu dikongsi bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, menerusi laman Facebooknya.

“Assalamualaikum dan hai semua! Doktor kata, Ainul semakin baik hari demi hari. Alhamdulillah. Sekarang ni Dr nak bagi Ainul rehat dulu untuk persiapan rawatan seterusnya.

“Doakan supaya Ainul berjaya lepasi ujian seterusnya ya! Insya-Allah, ramai yang mendoakan Ainul ketika ini. Ainul pasti berjaya dengan Izin-Nya,” katanya yang turut memaparkan gambar terkini bayi istimewa itu.

“Mama, Walid Jangan Risaukan Ainul”

Sementara itu, Ahmad Safiuddin berkata, jika Allah izinkan Ainul boleh bercakap ketika ini, pasti Ainul akan berbisik pada kami, “Mama walid, jangan risaukan Ainul, Ainul dah biasa. Ainul kan kuat!”

Safiuddin berkongsi perasaannya sebagai bapa dengan meluahkan Ainul telah melalui banyak cabaran sejak dilahirkan.

“Ainul telah melalui banyak cabaran sejak dia lahir. Pembedahan kecil, besar, kimoterapi, cucuk sana, cucuk sini, entah sudah berapa banyak parut di tubuh badan anak yang bertuah ini.

“Mujur Ainul belum reti bercakap. Jika diizin-NYA Ainul boleh bercakap ketika ini, pasti Ainul akan berbisik kepada kami; ” Mama walid, jangan risaukan Ainul, Ainul dah biasa. Ainul kan kuat!”, katanya yang sentiasa mengemaskini perkembangan Ainul dari semasa ke semasa.

Selalu Pegang Janji, Allah Nak Bagi Lebih Baik

Dalam perkongsian tersebut disertakan gambar isterinya sedang membelai Ainul dan genggaman tangan adik Ainul di jari Safiuddin, yang pastinya gambar tersebut mempunyai makna tersendiri.

Hampir seminggu di sana, Safiuddin berkata, Ainul dalam keadaan baik.

Beliau juga ada berkongsi mengenai kesakitan yang dilalui anaknya Ainul telah lama diangkat ke langit oleh ALLAH.

“Yang ALLAH nak uji sebenarnya adalah ibu bapa Ainul dan orang sekelilingnya. Mana mungkin Tuhan yang memegang Zat kasih dan sayang menyakiti hamba-hambaNYA yang tidak tahu apa-apa.

“ALLAH boleh pilih sesiapa sahaja untuk terima ujian ini, dan ALLAH telah pun memilih Ainul dan kami untuk terima ujian ini. Sebab apa? Sebab ALLAH tahu, Ainul dan kami mampu. Selari dengan kemampuan dan daya kami,” katanya

Jelas Safiuddin, dirinya juga tidak lari daripada merasa lemah.

“Tipu lah kalau tak pernah down. Kadang-kadang cemburu tengok orang lain. Tengok bayi seusia Ainul boleh makan minum dengan normal, ada yang dah belajar nak berjalan dah pun.

ARTIKEL BERKAITAN:

[Ainul Mardhiah Sihat! Pakar Akan Buat Penilaian Rawatan Terbaik Minggu Ini]

“Selalu letak dalam fikiran bahawa ALLAH nak bagi benda lain kepada kami. Tahukah kalian, hari ini ALLAH yang maha baik itu masih berikan kami peluang menjaga dan berbakti kepada Ainul? Dan, itu adalah nikmat paling terbesar kami sebagai ibu bapa yang muda dan baru memiliki anak pertama,” katanya.

Sumber: Ahmad Safiuddin

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...