loading...

Joyce jadi naib juara Liga Orang Kuat India

Bekas atlet angkat berat, Joyce Yeng Shu Xia berjaya muncul naib juara keseluruhab bagi kategori terbuka wanita dalam Kejohanan Liga Orang Kuat India yang berlangsing di St Xavier Blessing, New Delhi, India.
Dia mencatat angkatan 160kg bagi acara squat, menamatkan acara Front Hold (7.5kg) dengan catatan masa 2 minit 21 saat, mencatat masa 36 saat bagi acara Tyre Flip serta angkatan seberat 170kg dalam disiplin Deadlift.

“Pertandingan ini lebih kepada strategi dan saya berpuas hati dengan pencapaian ini kerana saya datang ke sini (India) pun hanyalah sebagai saingan pemanas badan sebelum terbang ke Australia untuk menyertai Kejohanan Dunia Static Monsters,” katanya.

Kejohanan di New Delhi itu menyaksikan atlet tuan rumah, Reena Antil, muncul juara manakala seorang lagi wakil tuan rumah, Annu Rathi, berpuas hati di tempat ketiga.

“Persiapan saya untuk menghadapi Kejohanan Dunia di Australia berjalan dengan baik dan pencapaian di India ini juga memberi saya satu lagi suntikan semangat.

“Saya juga berterima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Sabah, Phoong Jin Zhe, kerana menyokong saya untuk menyertai Kejohanan Dunia dan saya akan melakukan yang terbaik bagi mengharumkan nama Malaysia dan Sabah khususnya,” katanya.

Joyce yang kini berusia 32 tahun akan berlepas dari Kuala Lumpur hari ini untuk ke Gold Coast, Australia, bagi menyertai kejohanan yang berlangsung pada 15 dan 16 Jun itu.

Sumber :-Stadium AStro

Tahniah Ligakampung.com ucapkan kepada Joyce. Bukan mudah untuk mendapatkan podium bagi acara ini. Sudah pasti banyak pengorbanan yang dilakukan oleh beliau apatah lagi sukan ini kurang popular berbanding sukan lain.

Previous
Next Post »
loading...