loading...

Jangan Paksa Anak Kecil Untuk Ikut Beraya Seperti Kita, Daya Tahanya Lemah!

Semasa musim raya ni sebab sekarang musim panas, maka perlu ambil langkah dalam menjaga suhu badan anak-anak kecil. Jika balik kampung buatlah persiapan untuk menjaga kesihatan anak-anak kecil.

Usahalah untuk tidak membawa anak-anak keluar rumah semasa matahari terik dan panas yang tersangat. Oleh itu rancang masa anda menziarahi keluarga.

Jika terpaksa kerana ramai keluarga, maka cari peluang untuk memandikan anak kecil sekerap yang boleh atau membasahkan badannya dengan air supaya badannya sejuk dan selesa. Pastikan memulakan dengan kaki dan baru naik ke atas ke kepala. Jika dibasahkan dari kepala, maka akan menyebabkan haba naik semua ke kepala dan ini adalah merbahaya untuk baby.

Pakaikan pakaian kain kapas yang selesa supaya anak-anak kecil selesa dan tidak naik ruam. Bawa bekalan ubatan yang sesuai dan perlu sekiranya anak kecil itu demam atau batuk atau selsema kerana mungkin payah nak ke klinik kerana klinik tutup.

Suami isteri dan datuk nenek perlu bertimbang rasa di dalam membuat rancangan menziarahi. Jika budaya keluarga anda adalah datang berziarah beramai-ramai secara berkeluarga, maka ambil kira ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil. Rancang dengan baik supaya semua boleh mengikuti dengan seselesa yang terdaya.

Kita yang sudah tiada anak-anak kecil ni janganlah demand ibu bapa beranak kecil itu untuk turut serta di dalam semua aktiviti.

Tidak ramai datuk-nenek yang tidak peka. Ramainya yang peka dan fikir kesihatan cucu-cucu. Namun, peringatan ini sekadar mengingatkan agar tidak terlupa terutama bagi yang baru menjadi atuk dan nenek. Yalah kadang-kadang kita tidak terperasan sebab kita sendiri sudah lama tidak beranak kecil.

Anak-anak kecil ni, ada yang tahan lasak dan ada juga yang agak fragile kesihatan mereka. Maka janganlah dibanding-banding dan mengkaitkan dengan ibu bapa mereka.

Semoga hari raya anda merupakan hari yang membahagiakan serta mengeratkan pertalian sesama ahli keluarga kecil dan kembangan

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu sayang berhari raya dengan lebih baik.

Salam kasih,
Ibu Rose – Mesejnya Kasih

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...