loading...

Tambak Laut Teluk Muroh: Suhakam Akan Siasat

LUMUT – Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) akan menjalankan siasatan terperinci berhubung isu penambakan laut di Teluk Muroh di sini yang dikatakan mencetus rasa tidak puas hati penduduk dan nelayan di kawasan berkenaan.

Pengerusi Suhakam, Tan Sri Razali Ismail berkata pihaknya menyatakan kesediaan untuk membantu lebih 1,000 penduduk dan 117 nelayan di kawasan berkenaan yang dikatakan kecewa dengan pelaksanaan projek tersebut.

“Kami tidak menentang kerajaan negeri untuk melaksanakan sebarang aktiviti pembangunan tetapi biarlah setiap projek yang dilakukan membawa situasi menang-menang kepada kedua-dua belah pihak.

“Kami juga akan membawa isu ini ke Pejabat Daerah dan Tanah Manjung sebelum bertemu Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir untuk mencari penyelesaian yang lebih konkrit,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk dan nelayan Teluk Muroh di sini hari ini.

Pada Dis tahun lepas, Zambry menegaskan kerajaan negeri tidak akan berganjak daripada keputusan melaksanakan projek tersebut kerana bantahan mengenainya hanya datang dari pihak luar dan bukan penduduk setempat. – BERNAMA

Loading...

Previous
Next Post »
loading...