loading...

Ramai Tak Tahu Pornografi Juga Menjadi Punca Keganasan dan Tekanan Perasaan

pornografi buruk sangat

Sumber: b4tea.blogspot.my

Tidak dapat dinafikan bahawa majoriti lelaki di seluruh dunia pernah menonton pornografi walaupun hanya sekali. Namun, terdapat juga segelintir kaum hawa yang menontonnya.

Kemudahan teknologi masa kini memudahkan akses kepada bahan ini dan mudah didapati oleh seluruh lapisan masyarakat, sama ada kanak-kanak mahupun mereka yang dewasa. 

Sekiranya menonton bahan lucah ini bermula hanya sekadar suka-suka, hentikan serta-merta. iluminasi.com ingin berkongsi 4 impak berbahaya menonton pornografi kepada manusia.

1. Pornografi Boleh Merosakkan Otak

Otak manusia mengandungi neurons, ataupun sel otak, yang diaktifkan oleh ransangan yang berbeza, seperti bau, bunyi mahupun penglihatan. Apabila neuron diaktifkan, otak kita melepaskan bahan kimia untuk mengukuhkan lagi penyambungan antara sel-sel otak.

imbasan otak kesan pornografi 97

Sumber: evidenceunseen.com

kesan pornografi kepada otak

Sumber: pinterest.com

Bahan kimia yang diaktifkan ketika menonton bahan porno adalah dopamin, di mana bahan ini turut dilepaskan ketika menggunakan bahan ketagihan seperti dadah. Dengan pendedahan yang kerap terhadap bahan lucah, dopamin mengatasi otak. Otak kemudiannya bertindak balas terhadap serangan ini dengan membuang reseptor dopamin, menyebabkan penonton pornografi kehilangan deria keseronokan yang dirasainya sebelum ini.

Nota: Reseptor sel menerima signal bahan kimia yang dibebaskan.

Kesannya, lebih banyak dopamin akan diperlukan oleh otak untuk mendapatkan keseronokan yang sama seperti sebelum ini. Apabila tontonan pornografi berpanjangan, jumlah dopamin yang diperlukan akan meningkat, lebih banyak dopamin perlu dihasilkan. Pornografi dan dadah dilihat mempunyai kesan yang sama, iaitu ketagihan. 

2. Pornografi Boleh Menyebabkan Perubahan Sikap Yang Ketara, Menjadi Lebih Rakus & Ganas

keganasan terhadap wanita

Sumber: maoritelevision.com

Ketagihan bahan lucah menyebabkan seseorang memerlukan bahan yang lebih terlampau untuk berasa seronok. Akibat keperluan terhadap bahan yang lebih ekstrim, lama kelamaan seseorang akan terus hilang deria dan keseronokan seksual pada tahap normal pembebasan dopamin.

Kebiasaan terhadap bahan terlampau mengubah diri seseorang, menjadikan mereka tidak sensitif terhadap benda-benda terlampau. Kajian turut menunjukkan bahawa lelaki yang menonton pornografi lebih cenderung mengganggu wanita, tiada rasa kasihan terhadap mangsa rogol, dan mempunyai sikap yang kasar terhadap wanita.

DIsebabkan bahan lucah, terjadilah kes-kes melampau seperti rogol, sumbang mahram, liwat dan sebagainya, sebagai respon demi mencapai keseronokan dan mengaktifkan deria seksual.  

3. Pornografi Boleh Menyebabkan Masalah Kesihatan Seksual

masalah seksual mati pucuk

Sumber: hindustantimes.com

Selain otak, pornografi turut mampu menyebabkan kesan fizikal terhadap individu terutamanya kepada mereka yang telah berkahwin. Masalah utama adalah mencapai ereksi dan mengekalkannya, serta memerlukan imej pornografi bagi mencapai klimaks dan orgasma.

Ketika berhubungan, seseorang akan berasa terputus dan berada di dalam dunianya sendiri, dan memerlukan lebih masa untuk mencapai orgasma. Baginya, orgasma boleh dicapai dengan bantuan imej pornografi. Keseronokan bersama telah hilang disebabkan aktiviti kotor ini. 

4. Pornografi Boleh Menyebabkan Tekanan Perasaantekanan perasaan pornografi

Sumber: sherwoodwellness.tv

Penggunaan bahan lucah dengan mudah membuatkan seseorang rasa bersalah dan kehilangan harga diri. Aktiviti ini akan menyebabkan persengketaan antara nilai diri dan kepercayaan, seterusnya menjadikan seseorang berada dalam tekanan yang terlampau. Selalunya, seseorang tahu menonton bahan lucah itu salah, namun berasa terperangkap dalam ketagihan yang tidak berkesudahan. 

Langkah terbaik untuk mengelak pornografi, elakkan daripada langsung memikirkannya. Sekiranya tidak mampu, berpuasalah. Cuba lihat apa yang tidak kena dengan diri kita. Sebagai umat Islam, adakah cukup solat kita? Rajinkah kita membaca Al-Quran? Semua ini dapat membantu kita bukan sahaja di akhirat, malah di dunia juga.  

Rujukan: 

  1. Tolovehonorandvacuum.com
  2. Educateempowerkids.org
  3. Dr Syras Derksen
Previous
Next Post »
loading...