loading...

AirAsia Perbadan GTRH Bagi Khidmat Lapangan Terbang

KUALA LUMPUR – AirAsia Bhd memperbadankan anak syarikat milik penuhnya, Ground Team Red Holdings Sdn Bhd (GTRH), syarikat sendirian berhad, yang bertujuan bagi aktiviti pegangan pelaburan perniagaan perkhidmatan lapangan terbangnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, AirAsia berkata, GTRH memiliki modal saham terbitan dan berbayar awal RM2 terdiri daripada dua saham biasa bernilai RM1 setiap satu dan ketika ini mempunyai dua pengarah – Pattra Boosarawongse dan Anajuk Chareonwongsak.

Syarikat itu berkata pemerbadanan GTRH tidak dijangka memberi sebarang kesan segera kepada modal saham terbitan dan berbayar atau pemegangan saham pemegang saham utama AirAsia. – BERNAMA

Loading...

Previous
Next Post »
loading...