loading...

Ulser Boleh Potong Selera Makan, Beri Anak Ubat Penahan Sakit – Syrup Paracetamol

Ulser atau dikenali sebagai ‘mata ikan’ yang sering terjadi di bahagian dalam mulut mungkin perkara biasa bagi sesetengah orang.”

Sesiapa sahaja tidak kira peringkat umur boleh dijangkiti ulser sama ada di bahagian lidah, dinding dalam mulut atau sekitar tekak. Walaupun ulser bukan dalam kategori penyakit yang bahaya dan tidak berlarutan namun kewujudannya membuatkan selera makan terbantut akibat gangguannya di mulut. Biasanya tempoh sembuh satu hingga dua minggu.

Ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan risiko mendapat ulser mulut iaitu:

1️⃣ Gunakan berus gigi yang lembut dan sesuai dengan gusi individu.

2️⃣ Amalkan minum minuman tin menggunakan penyedut minuman agar bibir tidak tercedera.

3️⃣ Kurangkan makan makanan pedas.

4️⃣ Dapatkan pemeriksaan gigi secara berkala.

5️⃣ Banyakkan minum air untuk kekal terhidrat.

6️⃣ Sekiranya terlalu mengganggu anak-anak kecil, boleh diberi ubat penahan sakit iaitu syrup paracetamol.

7️⃣ Makan makanan yang lembut dahulu contoh bubur.

Kewujudan ulser seringkali terjadi di sekitar lidah, dinding mulut, lelangit atau tekak. Bengkak tersebut berwarna keputih-putihan dan terdapat lingkaran merah sekitarnya. Ulser amat memedihkan dan kadangkala kesakitan dialami memberi kesan terhadap produktiviti seharian anda.

Ulser dikatakan sering menyapa ketika anda demam tinggi, kecederaan dalam mulut atau kurang menjaga kebersihan mulut.

Terdapat beberapa cara yang boleh diguna pakai untuk menghilangkan ulser dengan pantas selain menggunakan ubat-ubatan daripada klinik. Kalau di klinik gigi biasanya kami prescribed oragel, oral aid (rujuk gambar) atau bonjela.

Contohnya:

▪️Air Garam

Kaedah berkumur dengan menggunakan air garam amat popular dan telah dilaksanakan sejak zaman-berzaman.

Memang agak mencabar untuk berkumur menggunakan air garam ketika ulser menyerang. Silap hari bulan boleh menjerit-jerit seorang diri.

Tetapi percayalah petua ini sangat berguna untuk menghapuskan ulser dengan cepat kerana air garam berupaya mematikan kuman penyebab ulser.

▪️Air Kelapa

Suhu badan yang tinggi ketika demam merupakan salah satu penyebab berlaku ulser.

Amalkan minum air kelapa untuk mengimbangi suhu badan dan menyejukkan tubuh. Selain itu, anda juga boleh amalkan minum air putih dengan banyak agar tubuh terhidrat.

▪️Marjerin

Marjerin juga cara yang digemari ramai untuk menyembuhkan ulser mulut lebih-lebih lagi untuk kanak-kanak.

Ia cara yang tidak menyakitkan selain membantu melegakan rasa pedih akibat ulser dengan cepat. Caranya, oleskan marjerin di sekitar kawasan terkena ulser dan ulangi sehingga ulser betul-betul sembuh.

▪️Madu

Kebaikan dan manfaat madu terhadap kesihatan tidak perlu dipertikaikan lagi. Madu mampu menyembuhkan luka dan jangkitan dengan cepat seperti ulser.

Seperti majerin, madu juga sesuai digunakan kepada kanak-kanak atau anda yang tidak gemar dengan rasa sakit.

▪️Soda Penaik

Soda penaik seharusnya ada di setiap rumah. Soda penaik dipercayai mampu menyembuhkan luka termasuk ulser dengan pantas.

Campurkan soda penaik bersama air suam atau sejuk, kemudian sapu dibahagian terbentuknya ‘mata ikan’

▪️Ubat Gigi

Bahan yang terkandung di dalam ubat gigi dikatakan mampu membantu memulihkan ulser dengan berkesan. Sapukan sedikit ubat gigi dibahagian yang terkena ulser.

Sumber: myhealth.gov.my
Azila Mohd Kasim
Klinik Pergigian Azila Bangi

Previous
Next Post »
loading...