Bila rasa nak marah dengan anak, memang tak boleh nak elak untuk naikkan suara atau pukul anak. Tapi sebenarnya ada cara yang boleh tenangkan hati.
Sebagai ibu bapa, kena ingat dalam rumahtangga, kehadiran cahaya mata merupakan pelengkap kehidupan. Tak seronok seandainya kemeriahan hidup berumahtangga tidak diserikan dengan telatah dan gelagat anak-anak yang 1001 macam kerenahnya.
Gelak ketawa dan suka duka dalam sebuah keluarga makin terserlah dengan kehadiran cahaya mata. Namun tidak dinafikan juga, ada pasangan hidup yang selesa tanpa kehadiran anak-anak.
Mengimbau kembali kenangan dan pengalaman pertama menimang cahaya mata, sedikit sebanyak mengukirkan senyuman di raut wajah ibu ayah. Pengalaman ini adalah anugerah yang cukup berharga untuk pasangan yang bergelar suami isteri.
Walaupun kerenah dan gelagat nakal anak kadang-kadang menguji kesabaran dan boleh buatkan ibu ayah naik hantu. Fahamilah bahawa ia adalah proses untuk anak membesar.
Yakinlah ini semua merupakan asam garam dalam hidup berkeluarga. Apa yang mampu dilakukan, sabar dan terus bersabar dalam melayani setiap kerenah si anak.
Di bawah ini dikongsikan cara nak sabar layan kerenah anak:
- Sentiasa ingat Allah apabila terdetik perasaan amarah pada si anak.
- Ambil wuduk apabila emosi marah sedang berada di puncak.
- Ingat dan sentiasa ingat. Anak adalah amanah yang paling besar yang diberikan untuk kita didik, jaga dan asuh. Bukan untuk kita pukul dan marah sesuka hati sahaja.
- Fikirkan pada perkara yang positif untuk setiap kerenah yang si anak tunjukkan.
- Sentiasa berpegang pada kata-kata like son like father. Kita dulu pun nakal juga. Kita dulu pun ada 1001 kerenahnya juga. Hilang sabar bila anak buat kerenah? Mungkin ada kelemahan dari kita dan pasangan.
- Jangan lekang dari berdoa kepada Allah supaya dikurniakan sikap sabar yang tinggi dalam diri kita.
- Reda dan pasrah atas kententuan yang diberikan Allah. Anggap ini semua ujian dari-Nya.
- Setiap masalah yang ditunjukkan oleh si anak, tanganinya dengan penuh minat dan kesungguhan. Dengan cara ini, sedikit sebanyak ia dapat memupuk sifat sabar.