“Doktor, anak saya tumbuh gigi sejak dia lahir, nak kena cabut ke biarkan saje?”
Jangan terkejut tau kalau baby yang baru lahir tiba-tiba ada gigi dua batang kat bawah, gigi tu memang boleh tumbuh.
Gigi yang tumbuh pada hari baby dilahirkan dipanggil “neonatal teeth”. Gigi ni ada yang kuat ada yang longgar.
Boleh Dicabut
Kalau baby tu kuat, boleh dibiarkan kalau tak mengganggu semasa baby menyusu. Kalau masa menyusu gigi tu menyakitkan atau ada potensi cederakan bibir bayi, boleh dicabut.
Kalau gigi neonatal yang tumbuh tu longgar, kena cabut hari yang sama baby dilahirkan. Takut gigi tertanggal dan baby tertelan.
“Macam mana baby baru lahir boleh tumbuh gigi ye?”
Sejak dalam rahim lagi, gigi susu dah mula terbentuk. Sejak kandungan berusia 6 hingga 8 minggu, gigi dah start develop.
Ketika umur kandungan 20 minggu gigi kekal pula yang start develop. So, semua gigi susu dan gigi kekal memang dah start develop masa pregnant, bukan masa baby dah besar.
Buat Pemeriksaan Gigi Ketika Hamil
Sebab tu, pregnant mommy dinasihatkan untuk makan makanan berkhasiat dan buat pemeriksaan gigi di awal pregnancy.
Bila dah jumpa doktor gigi awal-awal, atleast doktor gigi boleh bagi nasihat makanan dan supplement apa yang sesuai untuk ibu ngandung, bukan suka-suka je nak paksa check gigi time pregnant ya.
Sumber: Pakar Pergigian
Dr Izaza Mohd Zan