loading...

Ibu Hamil Sanggup Berlengas Ketiak Dari Mandi Malam. Takut Air Ketuban Bertambah, Karut!

Sudah menjadi perkara biasa, ketika hamil wanita akan mengalami rasa panas yang melampau. Biar pun suhu penghawa dingin telah dikuatkan dan pakaian tipis dipakai, ibu tetap merasa panas. Berpeluh-pelu dan tidak selesa sedangkan orang lain sudah kesejukan! Tiada masalah buat ibu hamil untuk mandi banyak kali, ia tidak akan menyebabkan pertambahan air ketuban.

Artikel Menarik: [Muntah Mula-Mula Mengandung Tu Biasa, Tapi Ada Ibu Yang ‘Mabuk’ Sampai 9 Bulan. Seksa!]

Suhu badan yang meningkat semasa hamil menyebabkan ibu rasa tidak selesa dan panas.  Menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, ibu hamil perlu tahu dan tidak mudah percaya mitos yang mengatakan air ketuban bertambah apabila ibu mandi.

JENIS-JENIS KEADAAN AIR KETUBAN

Air ketuban/mentuban banyak dipanggil sebagai polyhydramnios. Air ketuban sikit dipanggil sebagai oligohydramnios. Kalau langsung takde air ketuban dipanggil sebagai anhydramnios.

AIR KETUBAN ASALNYA DARI AIR KENCING BAYI 

Air ketuban ni datangnya dari air kencing baby, dan dari placenta (uri) dan sedikit komponenya datang dari kulit bayi sendiri. Air ketuban/mentuban sentiasa dalam keadaan keseimbangan di mana air mentuban ini akan diminum oleh bayi itu sendiri. Ibaratnya bayi tu hasilkan air mentuban sendiri dan dia sendiri minum air tu.

Tak susah pun nak faham konsepnya. Apa jua keadaan yang menyebabkan baby ni kencing banyak atau apa jua keadaan yang menyebabkan baby tak boleh menelan air ketuban ini semula akan menyebabkan air ketuban ini banyak dari biasa.

PUNCA AIR KETUBAN BERTAMBAH

Berikut antara sebab musabab biasa air ketuban/mentuban tu boleh menjadi banyak :

#1:  Ibu ada kencing manis

Bila ibu ada kencing manis, paras gula dalam badan ibu tinggi. Gula yg tinggi ini dipindahkan kepada bayi melalui tali pusat. Paras gula yang tinggi pada bayi menyebabkan bayi terkencing kencing dengan banyaknya sekaligus air ketuban jadi banyak.

Artikel Menarik: [Ikutkan Hati Nak Tidur Sedap Waktu Pregnant, Bayi Boleh Maut Secara Mengejut!]

#2: Bayi dikandung cacat

Bayi ada kecacatan pada bahagian saraf atau bahagian kepala atau pada salur pencernaan menyebabkan air mentuban ini takboleh ditelan dan menjadi banyak.

#3: Bayi dikandung mempunyai masalah genetik

Bayi ada masalah genetik seperti sindrom Down atau sindrom Edward yg mana sindrom ini ada berkaitan dengan ketaknormalan sistem pencernaan. Air ketuban takboleh ditelan dan air ketuban menjadi banyak.

APA YANG IBU MAKAN, MINUM & MANDI MALAM TIADA KAITAN DENGAN AIR KETUBAN

Jadi, semua perkara yang berlaku ini adalah melibatkan bayi itu sendiri dan keadaan di dalam rahim. TIADA KAITAN dengan apa yang ibu makan, apa yg ibu minum, atau disebabkan ibu mandi malam.

Air mandian tu tak boleh meresap dari kulit ataupun ada laluan rahsia untuk sampai terus ke rahim dan sebabkan air ketuban/mentuban banyak secara tetiba.

Org mengandung ni cepat berpeluh dan berlengas. Nak mandi bebila masa pun tkde masalah. Yang taknak mandi ni dah kenapa? Hobi eh suka bau-bauan kepam?

Artikel Menarik: [Makan Banyak Macam ‘Membela’, Ibu Menyusu Memang Asyik Mengunyah. Hanya Yang Bf Akan Faham]

Kalau rasa panas, mandi saja. Tiada masalah malahan ibu akan merasa lebih selesa. Penjelas dari Dr Izzat diharapkan dapat memberi penjelasan kepada para ibu yang kerap mandi semasa mengandung tidak akan menyebabkan air ketuban bertambah banyak. Ia hanya kepercayaan yang tidak logik!

Previous
Next Post »
loading...