loading...

Anak Lambat Merangkak, Berjalan Selalu Dibandingkan. Setakat Beza Beberapa Bulan Biasalah

Sejak dulu lagi, mitos dalam parenting ini selalu dibuat bila nak bandingkan anak kita dengan anak orang lain.

Paling ketara bila orang lain beri tanggapan pada anak kita yang lambat berjalan dan hanya mahu merangkak sedangkan anaknya yang usia sama dah berjalan pun.

Disebabkan hal ini, kita dah jadi bimbang tak tentu pasal. Ingat setiap perkembangan anak berbeza. Paling penting kena tahu anak kita melalui fasa yang betul mengikut umurya. Segala tanggapan orang tak payah dihiraukan.

Berdasarkan perkongisan dari Occupational Therapist, Maryam Jamadi  ada beberapa mitos dalam parenting yang dikupasnya untuk membuang persepsi negatif dalam minda ibu bapa.

1.SKILL BERJALAN

“Eh, umur 11 bulan belum pandai jalan? Lambatnya anak kau jalan, anak aku 9 bulan dah pandai jalan”

Fakta:

Purata bayi pandai berjalan di umur 13 bulan.

Kajian terhadap 200 bayi dari lahir hingga 18 bulan telah dijalankan dan mendapati bayi yang berjalan cepat atau perkembangan motor kasar yang cepat mendapat purata skor IQ yang sama dengan bayi yang lambat berjalan. Kesimpulannya, tiada kaitan antara perkembangan motor kasar dan IQ. (Acta Paediatrica Journal)

*Dapatkan pemeriksaan doktor sekiranya bayi masih belum pandai berjalan semasa 18 bulan.

2.SKIP MERANGKAK

“Wah, bagusnya Anis tak sempat-sempat nak merangkak terus berjalan”

Fakta:

Tiada kajian tentang kesan skip merangkak terhadap IQ ataupun pembelajaran, tetapi apa yang merisaukan adalah risiko kelewatan skil motor halus dan skil motor kasar di masa akan datang terutamanya di zaman persekolahan.

Kebanyakan bayi yang skip merangkak akan membesar dengan baik, tetapi ada sesetengah bayi akan ada masalah skil motor halus seperti cara memegang pensil serta masalah untuk menampung badan semasa duduk di kerusi. Ada juga beberapa kes yang mengalami masalah menulis dan membaca disebabkan mempunyai masalah untuk menghubungkan otak kanan dan kiri.

Untuk mengelakkan masalah-masalah lain di masa akan datang, sangat digalakkan untuk mak ayah mengajar dan menyokong anak merangkak sebelum berjalan. Ada kajian tentang fasa merangkak dan tahap IQ, bayi yang merangkak lama mempunyai tahap IQ yang lebih tinggi berbanding bayi yang kurang fasa merangkak.

3.SARUNG TANGAN DAN STOKIN

“Pakai stokin dan sarung tangan, takut bayi masuk angin”

Fakta:

Ya, anggota kaki dan tangan adalah kawasan yang paling cepat terpengaruh dengan suhu persekitaran sebab itu anggota ini selalu “masuk angin”. Untuk bayi baru lahir hingga sebulan, tidak ada masalah untuk memakai stokin dan sarung tangan untuk mengelakkan tercakar muka semasa tidur dan masih lagi sukar mengawal suhu badan sendiri waktu ini.

Tetapi, selepas sebulan masih memakai sarung tangan dan stokin di rumah 24 jam adalah BIG NO NO melainkan suhu dalam rumah sejuk seperti di kutub utara ataupun waktu malam yang sejuk serta ke tempat yang berhawa dingin seperti shopping mall

– Bayi perlu belajar mencapai barang seawal yang boleh dengan menggunakan tangan serta jari jemari.

– Bayi perlu merasa serta memegang pelbagai objek dan tekstur untuk deria sentuhan.

– Bayi juga perlu belajar memasukkan tangan atau benda ke dalam mulut untuk rangsangan deria rasa.

Mak-mak yang berpantang, pastikan lepas habis pantang bayi juga habis “pantang” tangan dan kaki untuk perkembangan yang sihat.

4.HIPERAKTIF

“Anak aku umur 3 tahun dah pandai membaca, anak kau ni hyper kot asyik nak main je”

Fakta:

Untuk anak umur bawah 3 tahun, banyak bermain tidak semestinya ada ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorder) sebab bermain adalah keperluan pada tahap ini. Semakin banyak anak bermain semakin sihat perkembangannya melainkan ada masalah lain seperti tidak fokus, tidak menyahut apabila nama dipanggil dan sebagainya.

Jadi, makcik-makcik sekalian jangan suka-suka cop anak orang hyper kalau belum pernah jumpa anak hyper yang sebenar ya.

Fasa bawah 3 tahun adalah bermain untuk mengasah skil-skil diperlukan sebelum pembelajaran formal. Tiada lagi pembelajaran formal seperti belajar di kelas untuk mengenal abc atau membaca.

5.”PANDAI” TENGOK TV

“Bagusnya umur 2 bulan dah pandai tengok tv berjam-jam, mesti pandai belajar nanti”

Fakta:

Sebenarnya bayi tak “pandai” pun tengok tv tapi lebih kepada suka tengok benda bergerak, berbunyi dan bercahaya sebab bayi 2 bulan tak faham pun apa yang disampaikan di tv atau gadget.

Kajian tentang pendedahan TV/gadget kepada anak bawah 18 bulan, setiap 30 minit bayi di dedahkan dengan TV/gadget meningkatkan risiko 49% lewat bercakap. Kesimpulannya, tidak ada bagusnya bayi “pandai” tengok TV semasa bawah 18 bulan selain risiko kelewatan bercakap.

6.MEMILIH MAKAN

“Kesiannya anak kau makan benda sama setiap hari, kau tak cuba paksa ke dia makan sayur dan buah?”

Fakta:

Bayi memilih makan (picky eater) tidak semestinya disebabkan salah mak ayah. Kebanyakan disebabkan isu sensory processing disorder (kecelaruan sensori) terhadap tekstur, rasa, bau dan suhu makanan. Faktor genetik juga memainkan peranan dalam pemilihan makan bagi anak.

Previous
Next Post »
loading...