Pendedahan yang dibuat lelaki ini di twitter cukup mengejutkan bukan sahaja netizen tetapi ‘mangsa’ prank lelaki ini iaitu adiknya sendiri.
Ini semua selepas dia menjawab satu soalan di twitter yang berbunyi :
apa perkara bodo yang kau pernah buat dekat adik beradik korang?”
Ramai tak sangka jawapan yang diberi lelaki ini apabila dia mengaku pernah menyamar jadi boyfriend adik perempuan sendiri sebelum berpisah.
Aku pernah lah buat adik aku meroyan sebab menyamar jadi lelaki hensem lepastu ajak dia kapel pastu dia terima pastu kan aku buat buat tinggalkan dia sampai sekarang dia tak tahu aku ex dia . https://t.co/lzXNBeXnDn
— amirulharazz (@amirulharazz) June 1, 2019
Pendedahan lelaki itu mendapat lebih 24k retweets dan rata-rata memberi reaksi negatif terhadap lelaki tersebut.
Namun ada juga yang rasakan apa yang dilakukan lelaki tersebut sebagai lawak.
Tapi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga apabila perbuatan lelaki tersebut kantoi dengan adik perempuannya.
Ini antara perbualan mereka di Whatsapp :
YA ALLAH APA DOSA AKU DAPAT ABANG MACAM KAU NI MALU LAH BODOH!”
Min doakan semoga adik beradik ni berbaik sempena Hari Raya yang mulia ini. Diharap juga abang dia dah tak buat benda bukan-bukan, hati dan perasaan bukan boleh dibuat main.
sumber