loading...

Anak Cerdik Banyak Tanya Soalan. Satu Jawapan Dapat Itulah Yang Dia Belajar

Satu maklumat baru yang diterimanya saling berkaitan antara satu sama lain sehingga anak akan membina kesimpulan sendiri.

Mengembangkan kecerdasan anak bukan bermaksud kita hanya memberi peluang kepada anak mengikut minatnya semata-mata tetapi dengan interaksi sehari-hari ibu juga boleh merangsang anak agar mereka lebih bijak.

Seawal usia dua tahun kita sebagai ibu bapa sudah boleh mengembangkan kecerdasan anak. Namun ia tidak boleh dipaksa. Buat berdasarkan kemampuan anak kerana kita mahu anak rasa tidak seronok dan  tertekan.

Berikut adalah beberapa cara mengembangkan kecerdasan anak iaitu:

Mengetahui minat kanak-kanak

Mengenali minat kanak-kanak yang semakin membesar pada satu-satu bidang sangat membantu untuk mengenali potensinya. Misalnya kanak-kanak suka membaca buku, bersenam, bermain muzik atau memasak. Dengan mengetahui minat anak akan lebih mudah untuk mengajar mereka melalui perkara yang menjadi minat atau kesukaannya itu, sehingga proses belajar menjadi lebih menyenangkan.

Mendorong anak agar bertanya

Dalam setiap kesempatan, dorong anak untuk bertanya. Rasa ingin tahunya merupakan modal untuk mengajar pelbagai pengetahuan baru.

Mengajar anak mencari jawapan

Setelah anak bertanya, secara automatik akan lahir rasa ingin tahu pada anak. Sebaiknya jangan terus memberikan jawapan, tetapi ajaklah anak untuk mencari jawapannya bersama-sama, misalnya dengan membuka buku atau cara lain sehingga imaginasi kanak-kanak menjadi lebih terbuka.

Membina rasa ingin tahu atas jawapan yang diberikan

Jangan bosan menjawab soalan dari anak ketika anak bertanya terus-menerus. Satu maklumat baru yang diterimanya saling berkaitan antara satu sama lain sehingga anak akan membina kesimpulan sendiri.

Melakukan permainan yang menyelesaikan masalah

Banyak permainan yang boleh membantu kanak-kanak mengembangkan kemampuannya untuk menyelesaikan masalah, contohnya bermain membuat bentuk daripada lego, membina ayat, dan sebagainya.

Mendorong anak untuk meminati perkara yang lain

Walaupun kanak-kanak mempunyai minat pada bidang muzik, namun ibu bapa juga perlu memperkenalkan kepada aktiviti sukan supaya anak tahu. Sekurang-kurangnya dia tidak fokus pada satu perkara sahaja dan serba boleh.

Oleh itu, ibu bapa kena pastikan apa yang dilakukan untuk anak bukan semata-mata paksaan tapi biar anak itu sendiri rasa seronok.

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...