loading...

Anak Bawah 2 Tahun Jangan Sesekali Lambung Tinggi-Tinggi. Boleh Berlaku Pendarahan Otak

Lambung anak tinggi-tinggi, pastu tangkap balik, dan anak pun ketawa suka. Ibu bapa mesti biasa buat begini kan? Niatnya hanya nak eratkan bonding dengan anak.

Memang betul ini antara bonding-moment bapa dan anak. Lupakan gajet sementara dan main lambung-lambung lagi berharga.

Tapi!

Lambung anak ni ada bahayanya. Kadang kita leka sampai terlambung dengan kuat dan laju. Disinilah mengundang bahaya. Bukan bahaya tak dapat sambut. Saya tahu bapa-bapa semua sado orangnya.

Bahaya datang dengan 3 masalah bila kita lambung tinggi dengan kuat dan laju.

1. Gegaran otak (concussion)
2. Pendarahan otak (ICB)
3. DAI (diffuse axonal injury)

Kebiasaan masalah ini berlaku pada anak kecil, bawah umur 2 tahun.

Apa yang berlaku adalah, bila anak dilambung dengan kuat, badannya akan berpindah dari bawah ke atas dalam masa yang singkat, kemudian apabila ditangkap kembali, dari pergerakan dia yang tengah laju di udara terus terhenti di tangan si bapa. INERTIA akan berlaku.

Inertia berlaku (badan terhayun kehadapan) apabila objek diberhentikan serta merta, kerana kecenderungan objek untuk mengekalkan keadaan asal pergerakan. Sebab itu la berlakunya keadaan badan terhayun kehadapan. Haaa… Faham tak ni. Ajar fizik pula😅

Kanak-kanak bawah umur 2 tahun tidak mempunyai otot leher yang kuat, jadi kepala mereka akan tersentap kehadapan dan kebelakang dengan lebih. Inilah yang membawa kepada gegaran di otak.

Dan jika pergerakan itu laju, maka otak boleh melanggar dinding tempurung kepala dan menyebabkan pendarahan. Keadaan yang paling teruk adalah diffuse axonal injury, iaitu kerosakan pada saraf otak.

Kalau mengalami kerosakan atau injury otak yang teruk, ia dipanggil Shaken Baby Syndrome. SBS biasa terjadi ketika anak berumur 6-8 minggu, kerana waktu ini mereka paling kuat nangis. Jadi kita ni pun goyang-goyangkan, dan ayunkan dia nak bagi diam. Kan?

Dan SBS boleh juga terjadi sehingga umur 2 tahun. Malah ada juga kes melibatkan kanak2 umur 5 tahun.

Tanda-tanda kecederaan pada otak adalah:

1. Muntah yang berterusan. Muntah yang projectile, iaitu mencurah ke hadapan.

2. Lemah dan tidak bermain seperti biasa. Banyak tidur

3. Tidak dapat menghisap susu dengan baik

3. Tidak sedar diri

Jika ada tanda begini selepas melambung anak, bawalah anak ke doktor untuk pantauan.

Lepas ini, janganlah kata haram melambung anak pula. (haramlah untuk anak kecil bawah 2 tahun ok!). Kalau hendak, buatlah dengan berpada-pada. Jangan si bapa yang terlebih eksited dari anak😉

InsyaAllah, anak-anak kita semua terhindar dari perkara ini.

Kredit: Dr Aishah Alsagoff

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...