Jika anda mengalami waktu bersalin yang berpanjangan, perkembangan bersalin anda adalah terlalu perlahan.
Ini juga dipanggil sebagai “kegagalan untuk berkembang.” Waktu bersalin panjang boleh didiagnosis melalui penipisan dan pengembangan serviks. Waktu bersalin yang berpanjangan disifatkan sebagai sebarang proses bersalin yang berlangsung lebih daripada 20 jam.
Dalam kes kelahiran kembar, waktu bersalin panjang berlangsung lebih daripada 16 jam. Jika serviks anda mengembang kurang daripada beberapa sentimeter setiap jam, anda mungkin akan mengalami waktu bersalin yang berpanjangan.
Siapa yang lebih cenderung mengalami bersalin panjang?
Bersalin yang berpanjangan adalah lebih biasa terjadi dalam kalangan wanita yang mempunyai:
−Bayi lebih besar daripada salur lahir
−Bayi dalam posisi tidak normal
−Kontraksi lemah
Apakah risiko bersalin yang berpanjangan?
Selalunya, wanita yang mengambil masa panjang untuk bersalin perlu melalui pembedahan C-section. Bersalin yang berpanjangan boleh menyebabkan:
−Bekalan oksigen rendah untuk bayi
−Degupan jantung bayi tidak teratur
−Bahan luar biasa dalam cecair amnion
−Jangkitan pada rahim
Menangani bersalin berpanjangan
Jika anda mengalami bersalin berpanjangan, kontraksi anda akan dipantau dengan rapi. Anda mungkin perlu menjalani ujian yang dipanggil Kateter Tekanan Dalam Rahim (Intrauterine Pressure Catheter). Semasa ujian ini, kateter kecil diletakkan ke dalam rahim, di sebelah bayi untuk mendapatkan ukuran tepat kontraksi anda. Pemantauan janin elektronik (EFM) yang berterusan adalah perlu untuk memantau kadar jantung bayi.
Selain campur tangan perubatan, terdapat langkah tertentu yang boleh anda lakukan bagi mengendalikan hal bersalin anda. Adalah lebih baik jika anda relaks dan menunggu serviks melakukan kerjanya dahulu. Sementara itu, anda boleh cuba untuk tidur atau berjalan sekeliling dan juga mandi air suam. Perubahan posisi juga mungkin boleh membantu anda.
Jika bayi anda telah sampai di salur kelahiran, doktor mungkin akan membantu untuk mendapatkan bayi keluar, dengan menggunakan forsep atau peranti vakum. Jika doktor fikir anda perlukan lebih atau lebih kuat kontraksi, anda akan diberikan Pitocin (oksitosin) untuk membantu kontraksi uterus. Jika kontraksi anda normal, tetapi bayi masih tidak mahu keluar lagi, anda mungkin perlukan pembedahan C-section. Ini adalah dikira sebagai pembedahan besar dengan risiko dan komplikasi.
Walau bagaimanapun, dengan penjagaan perubatan yang betul, ia secara amnya adalah selamat. Ramai ibu yang percaya bahawa C-section tidak perlu dilakukan jika bayi bukan dalam kecemasan. Jika petanda penting ibu dan bayi dalam keadaan yang sihat, jadi tiada sebab untuk mempercepatkan C-section.