loading...

Makanan Penggalak Kesuburan Bagi Wanita Yang Melakukan Pembedahan Fibroid Atau Cyst

Lepas pembedahan penting untuk meningkatkan imuniti bagi mencegah penyakit endometriosis, fibroid dan ovarian cyst serta untuk meningkatkan peluang hamil.

Bagi memastikan keadaan ini terkawal, ambil langkah untuk kurangkan stres. Bersenam 30 minit setiap hari, banyak berzikir, baca Quran 4-5 muka surat setiap hari.

Kurangkan pendedahan kepada toksin – jauhkan menghidu asap beracun, semburan racun serangga dan pewangi d irumah juga dalam kereta. Gunakan bahan-bahan organik untuk syampu, sabun, minyak rambut dan deodoran.

Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat, Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, seperti fast food, junk food, burger, hot dog, nuggets, french fries dan lain-lain.

Juga jahukan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung – donut, kuih-muih, ais krim , coklat dan lain-lain, Jauhkan minuman soft drink, jus dan kordial dalam botol atau kotak.

Makan 70% bahan mentah dan segar , iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran. Makan lebih buah-buahan tempatan seperti betik, nenas, jambu batu, tembikai, buah naga dan lain-lain.

Saya galakkan makan ulam-ulam , sayur bayam, bendi, terung, kangkung, cekur manis, daun turi dan keledek merah.

Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji apel hijau, 2 biji lobak, 2 batang saderi. Atau 1/4 buah betik dan ¼ nenas (khas seminggu dalam waktu haid). Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jag, masuk peti ais semalaman.

Esok untuk sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus, lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara.

Makan 2 biji telur separuh masak dan oats atau bijirin lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih. Makan roti whole meal dan brown rice.

Makanan selingan (tea dan coffee break) – jauhkan makanan bergula dan karbohidrat. Makan buah-buahan atau segenggam campuran kacang almond, gajus, kismis dan kacang tanah. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.

Makan tengah hari – cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral, air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain-lain jenis karbohidrat

Makan malam – Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vinegar . Masak sup sayur kobis, lobak, broccoli dan cendawan.

Atau buat rojak/pecal daripada sayur kangkung, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu. Masak lauk ikan , ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai. Gantikan nasi putih dengan brown rice.

Suplemen yang perlu untuk menpercepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamin, vit C 1gm, vit E 400 IU, Habatus sauda.
Makan juga gojiberi, lain-lain jenis beri, spirulina, rumpai laut.

Sumber: www.hamidarshat.net

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...