Badminton Terbuka Malaysia 2019 mencatat satu lagi siri kegagalan barisan pemain badminton negara. Hanya satu wakil di separuh akhir bagi beregu campuran manakala tiada langsung wakil perseorangan di suku akhir.
Ini satu keputusan yang amat mengecewakan apatah lagi pemain beraksi di gelanggang sendiri. Pemain Indonesia, Jonathan Christie melakukan kejutan menumbangkan jaguh seperti Kenta Momota dan VIctor Axelsen sedangkan Lee Zii Jia tumbang di tangan pemain Thailand yang tidak ternama.
Pemain seperti Liew Daren dan Chong Wei Feng seperti sudah sampai ke tahap untuk bersara. Ini amat mengecewakan apatahlagi juaranya adalah LIn Dan yang telah berusia 35 tahun. Dalam usia tersebut beliau masih mampu untuk menumbangkan pemain yang lebih muda darinya.
Ketiadaan Datuk Lee Chong Wei memang dirasai dalam kem badminton negara. Lagenda yang menjuarai kejohanan Badminton Terbuka Malaysia sebanyak 12 kali ini pasti dirindui tapi kita kena faham situasi beliau yang memerlukan keadaan fizikal yang baik.
Bagi acara lain, pemain perseorangan wanita Goh Jin Wei perlu bangkit dari kekalahan kepada pemain Thailand di pusingan kedua. Beliau perlu mencari mata penting untuk layak ke Sukan Olimpik 2020 kerana beliau mempunyai prospek yang baik.
Bagi pasangan beregu campuran, nampak ada persaingan baik bagi tiga pasangan beregu utama. Dengan prestasi Tan Kian Meng/Lai Pei Jing yang berjaya ke separuh akhir pasti akan memberikan cabaran bagi pasangan beregu campuran no 5 dunia Goh Liu Ying/Chan Peng Song untuk kembali bangkit.
Bagi beregu lelaki pula tidak nampak yang boleh dibanggakan apabila mereka tersekat di pusingan kedua.
Pihak BAM perlu melakukan post-mortem untuk mencari titik permulaan bagi pemain-pemain untuk bangkit kembali dalam aksi kejohanan seterusnya. Semoga kejohanan Terbuka Singapura pada minggu ini akan menampilkan aksi terbaik bagi pasukan badminton negara bagi menebus kekecewaan di gelanggang sendiri.
Keputusan Penuh Terbuka Malaysia 2019
Perseorangan Lelaki :
Lin Dan (CHN) bt Chen Long (CHN) 9-21, 21-17, 21-11
Perseorangan Wanita
Tai Tzu-ying (TPE) bt Akane Yamaguchi (JPN) 21-16, 21-19
Beregu Lelaki
Li Junhui-Liu Yuchen (CHN) bt Takeshi Kamura-Keigo Sonoda (JPN) 21-12, 21-17
Beregu Wanita
Chen Qingchen-Jia Yifan (CHN) bt Du Yue-Li Yinhui (CHN) 21-14, 21-15
Beregu Campuran
Zheng Siwei-Huang Yaqiong (CHN) bt Wang Yilyu-Huang Dongping (CHN) 21-17, 21-13
Prestasi Pemain Badminton Negara
Beregu Campuran
Goh Soon Huat/Shevon Lai (Pusingan Kedua)
Chen Tang Jie/ Peck Yen Wei(Pusingan Pertama)
Lai Pei Jing/ Tan Kian Meng (Separuh Akhir)
Goh Liu Ying/Chan Peng Soon (Suku Akhir)
Perseorangan Wanita
Goh Jin Wei (Pusingan Kedua)
Soniia Cheah (Pusingan Pertama)
Beregu Wanita
Vivian Hoo/ Yap Cheng Wen (Pusingan Pertama)
Chow Mei Kuan/ Lee Meng Yean (Pusingan Pertama)
Beregu Lelaki
Goh V Shem/Tan Wee Kiong (Pusingan Kedua)
Arif Latif/ Nur Mohd Azriyn Ayub (Pusingan Pertama)
Aaron Chia/ Soh Wooi Yik (Pusingan Kedua)
Chooi Kah Ming/Low Juan Shen (Pusingan Kedua)
Perseorangan Lelalki
Liew Daren (Pusingan Pertama)
Chong Wei Feng (Pusingan pertama)
Lee Zii Jia (Pusingan Pertama)