loading...

Ibu Gembira Dr Amalina Cari Jalan Bantu Ainul. Laporan Dihantar Untuk Diteliti Pakar di UK

Gembira ibu Ainul Mardhiah apabila doktor Malaysia, Dr Amalina Bakri yang sedang bertugas & melanjutkan pelajaran di UK sedia membantu.

Ibu Ainul Mardhiah, 8 bulan yang mengalami  kanser Germ Cell Tumor, Nurul Erwani Zaidi mengatakan Dr Amalina telah pun menghubunginya menerusi aplikasi Whatsapp selepas berhubung melalui mesej di Instagram.

“Petang semalam (waktu Malaysia) Dr Amalina ada hubungi saya di WhatsApp, dia beritahu akan bantu Ainul Mardhiah,” kata Nurul Erwani Zaidi, 24, ibu kepada bayi lapan bulan, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menghidap kanser Germ Cell Tumor.

Nurul Erwani berkata, Dr Nur Amalina Che Bakri cuba menghubunginya dengan membuat carian di Instagram (IG) sebelum mereka berhubung melalui mesej di media sosial itu.
Katanya, selepas mendapat mesej di IG, dia memberikan nombor telefonnya kepada Dr Amalina sebelum doktor yang berpangkalan di United Kingdom (UK) itu menghubunginya menerusi WhatsApp.

MEMINTA LAPORAN PERUBATAN

Nurul Erwani juga menyatakan dalam perbualan mereka, Dr Amalina turut memminta laporan perubatan anaknya untuk membawa isu berkenaan kepada doktor di sana termasuk pakar dalam bidang masing-masing dan akan sentiasa berhubung dengan Nurul Erwani.

“Begitupun, Dr Amalina juga beritahu yang UK sedang cuti umum dua hari, jadi dia hanya dapat kemukakan kepada doktor lain laporan perubatan itu, minggu depan (ini) dan akan terus menghubungi saya selepas bermesyuarat dengan doktor lain,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

IBU GEMBIRA KERANA SUDI CARI JALAN PULIHKAN AINUL

Menurut Nurul Erwani, sebagai ibu, dia gembira apabila ada doktor dari luar negara sudi membantu mencari jalan memulihkan penderitaan yang dialami Ainul Mardhiah.

DR AMALINA INGIN MEMBANTU

Sebelum ini, Dr Amalina menerusi Instagram beliau telah memuat naik status kecenderungannya menjadi doktor untuk membantu orang lain dan mengutarakan penyakit dialami Ainul Mardhiah.

KES AINUL DIANGGAP KOMPLEKS

Dalam statusnya berkenaan dia ada menyatakan yang dia menerima laporan perubatan Ainul Mardhiah daripada Nurul Erwani, malah juga menghubungi beberapa rakan doktornya daripada pelbagai bidang kepakaran untuk membincangkan kes yang dianggap kompleks itu.

Sumber: dramalinabakri & Harian Metro

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...