loading...

Ayah Dengan Anak Boleh Geng. Kadang Tu Apa Ibu Larang Bila Dengan Ayah Semua Ok

Seorang ayah mampu memainkan peranan penting dalam dunia parenting sama seperti para ibu. Kebapaan ialah sebuah perkara yang ‘complex’ dan fenomena unik yang memberi impak besar pada emosi dan intelek anak-anak.

Pakar psikologi kanak-kanak mengatakan bahawa cinta dari ibu sangat berbeza dengan cinta dari seorang ayah. Ianya ialah sebuah pengalaman berbeza secara ‘qualitatively’.

Seorang ayah “love more dangerously” kerana cinta dari para ayah lebih “expectant, more instrumental” berbanding seorang ibu.

Sebab itu pentingnya penglibatan seorang ayah dalam dunia parenting. Kerana tugas ini tidak boleh ditiru oleh orang lain. Ia akan melengkapkan kecintaan yang telah dicurahkan oleh para ibu.

1. Gaya parenting ayah berbeza

Seorang ayah mempunya gaya tersediri khususnya dari cara komunikasi dan interaksi dengan anak-anak. Kelainan ini sangat baik untuk anak-anak, dimana mereka akan dapat pengalaman berbeza dalam interaksi seharian. Seterusnya anak-anak akan dapat belajar melihat dunia dari sudut pandangan berbeza dan ketahuilah, hal ini penting dan kritikal dalam pembentukan anak-anak.

2. Gaya permainan ayah berbeza

Ayah akan geletek anak lebih, ‘smack down’ anak lebih dan boleh angkat anak mereka terbang tinggi ke udara. Sebaliknya para ibu pula akan berterusan menasihati, ‘jangan tinggi sangat’, ‘jangan kasar sangat’ dan sebagainya. Perbezaan ini sangat penting untuk anak-anak belajar keseimbangan antara perilaku kasar dan lembut seterusnya memahami untuk menjadi adil dalam tindakan.

3. Gaya keyakinan ayah berbeza

Memang betul, kalau dengan ayah ‘confidence’ level itu tinggi sikit. Kalau tidak percaya, boleh pergi ke taman permainan dan ‘observed’. Siapa yang meminta anak untuk panjat lebih tinggi dan berlari lebih laju? dan siapa pula yang meminta anak-anak untuk hati-hati? Seorang ibu bersikap melindungi manakala seorang ayah pula mempengaruhi anak-anak untuk ‘push the limit’.

Kesimpulannya, lelaki dan perempuan itu memang berbeza. Mereka makan dengan cara berbeza, berpakaian berbeza, dan mengharungi kehidupan di dunia dengan pandangan berbeza.

Oleh sebab itulah, lelaki yang menjadi ayah dan perempuan yang menjadi ibu, mampu memberi gabungan resepi yang sesuai untuk pembentukan anak-anak.

p/s : Ramai ayah hebat di luar sana yang sudah membuktikan mereka mampu menjadi ‘involved father’. Iaitu mereka yang betul-betul melibatkan diri dalam parenting anak-anak. Tahniah!

Sumber: Najmi Nawawi

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...