Setiap dari kita mesti pernah terbayangkan situasi dimana kipas siling yang sedang beroperasi jatuh dan kena kepala. Lagi-lagi kalau kipas tu tengah berpusing laju. Seram weh!
Semua yang kita bayangkan itu dah terjadi kepada seorang jururawat semasa bertugas di sebuah sekolah. Salah satu bilah dari kipas yang berpusing itu tiba-tiba jatuh dan kemudiannya mencederakan kepala jururawat tersebut. Twitter @999Malaysia ada berkongsi kejadian yang berlaku ini sebagai peringatan buat netizen.
Tiba-tiba terjatuh
Kejadian ini berlaku di SMK Damai Jaya, Skudai, Johor ketika jururawat yang dirahsiakan namanya ini sedang bertugas. Rata-rata netizen boleh menggambarkan macam mana kejadian ini berlaku tapi tak boleh bayangkan kesakitan yang dilalui oleh jururawat ini.
Sama macam cerita-cerita Final Destination yang menggambarkan macam mana seseorang itu menemui ajal. Tapi dalam kes ni, nasib baik nurse ni cedera je.
Selalu kita fikir dari dulu sampai sekarang. Lagi-lagi kipas dekat sekolah yang pusing laju-laju tak ingat dunia tu. Ish kalau jatuh…
Ya Allah, lindungi lah kami semua dari ditimpa kipas waktu tidur atau melakukan apa-apa aktiviti. Amiiinn
Ini rupanya bilah kipas yang jatuh dan kena kepala jururawat tu. Ngeri weh! Siap boleh nampak lagi kesan darah.
Semoga kakak jururawat ni cepat sembuh dah boleh kembali bertugas seperti biasa.
Buat korang yang ada kipas siling dekat rumah tu, jangan lah biar dia pusing laju-laju dalam tempoh masa yang lama. Kalau dah dengar bunyi pelik-pelik dari kipas tu, panggil lah orang datang check. Takpun terus ganti baru. Lebih baik beringat sebelum terkena.
sumber