loading...

“Boy Or Girl?” Hanya Tunggu Masa Bersalin, Tya Arifin Minta Netizen Teka Jantina Adik Arif

Sejak mengandung makin berseri-seri wajah Tya Arifin menanti kelahiran cahaya mata yang kedua.

Dalam satu entrinya, Tya ‘mencabar’ peminat untuk meneka jantina bayi di dalam kandungannya.

“Boy or Girl? Coba teka sikit. Kalau lebih dari 1000 comment yang teka, next week Tya reveal gender baby.

“Kalau tak, tya reveal masa bersalin nanti hehe,” tulis Tya buat pengikut di Instagramnya.

Semasa artikel ini ditulis, komen pada entri tersebut sudah lebih 2,300 komen. Bermakna minggu hadapan Tya mungkin akan berkongsi jantina bayi yang dikandungnya.

Atau pun mungkin beliau sudah bersalin, baru tahu kan? Bagaimanaapun tekaan netizen anak yang dikandung Tya ni macam sama banyak, lelaki dan perempuan. Jadi kita tunggulah Tya umumkan sendiri nanti.

Sumber: ig Tya Arifin

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...