loading...

[REVIEW] Hellboy 2019 Lebih ‘Thriller’ Berbanding Filem Dahulu

Bermula hari ini, filem Hellboy 2019 akan ditayangkan serentak di seluruh dunia. Untuk pengetahuan anda, Hellboy ini bukanlah sekual filemnya terdahulu, sebaliknya ianya merupakan versi ‘reboot’.

IKLAN

TGV Central i-City Serba Moden 

Kami di Hangat.com berkesempatan untuk menonton filem Hellboy antara yang terawal di atas jemputan pihak TGV Cinemas bagi merasai sendiri pengalaman menonton di pawagam Onyx mereka yang baharu di TGV Central i-City, Shah Alam.

Berkenaan pawagam ini, ianya merupakan Onyx yang pertama di rantau Asia direka dengan bentuk melengkung. Lagi butiran lanjut mengenai pawagam serba baharu ini akan kami kongsikan pada artikel akan datang.

Jauh Lebih Thriller 

Berkenaan Hellboy versi baharu ini, suka untuk kami gambarkan bahawa ianya jauh lebih banyak elemen ‘thriller’ berbanding dengan dua filemnya terdahulu. Pertama sekali dari segi fizikal Hellboy sendiri dimana umum mengetahui Hellboy yang baharu mempunyai rambut yang panjang malah mimik mukanya juga jauh tampak lebih garang sesuai dengan karakter nya sebagai makhluk dari neraka.

Kedua adalah dari segi sinematografi nya yang sememangnya jelas kelihatan babak pembunuhan dan aksi perlawanan yang bagi kami layak dipuji biarpun jalan ceritanya pada permulaan agak sedikit perlahan.

Malah watak antagonisnya, Blood Queen yang dilakonkan oleh pelakon popular Mila Jovovich juga berjaya memainkan peranan meskipun terdapat sedikit kekok dengan gaya ‘jahat’ yang dibawanya.

Kelemahan Hellboy 2019 

Spoiler alert! Dari segi kritikan, selain jalan cerita permulaan yang agak sedikit perlahan barangkali kisah mengenai Raja Arthur dan Merlin yang diselitkan turut menjadi tanya dan menjadi elemen jenaka di dalam filem ini. Malah penonton juga seakan tertanya mengenai sebuah babak pedang Raja Arthur yang seakan mengelirukan. Apa pun nasihat kami Hellboy kali ini seperti kurang sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak memandangkan terdapat babak-babak yang sedikit ‘extreme’. Pastikan anda tunggu sehingga penghujung filem kerana terdapat dua kredit post menanti!

Sinopsis Hellboy

Hellboy atau nama sebenarnya Anung Un Rama yang dimainkan oleh David Harbour telah mengetahui bahawa Nimue atau Blood Queen, seorang ahli sihir jahat telah bangkit semula selepas tubuh badannya yang terpisah telah dicantumkan semula oleh seekor raksasa.

Menyedari akan hal itu, Hellboy harus mencari jalan untuk menghentikan perbuatan Nimue yang ingin membalas dendam pada dunia dengan sumpahannya. Pertarungan Hellboy turut dibantu oleh dua sahabatnya yang mempunyai kekuatan yang luar biasa.


sumber

facebookLIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Previous
Next Post »
loading...