Siapa yang tak anak anak bijak dalam semua perkara. Bukan hanya bijak dalam akademik sahaja tetapi rata-rata ibu bapa di Malaysia mahukan anak yang turut bijak dan bernilai murni. Dutch Lady tampil mengadakan tinjauan soal selidik ini bagi melihat apakah kemahuan dan pendapat ibu bapa di Malaysia.
Kaji selidik Dutch Lady mendapati ibu bapa di Malaysia bukan sahaja mahukan anak-anak yang bijak dalam akademik, malah turut memiliki nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
Hasil kaji selidik mendapati semua kebanyakan ibu bapa mahukan anak yang pandai, bijak dan berpekerti mulia dalam kehidupan. Inilah nilai-nilai murni yang perlu ada dalam kehidupan.
Kali Selidik Bukti Prihatin
Melalui kaji selidik yang dilakukan secara atas talian, lebih daripada 400 orang ibu bapa memberikan respon dan seramai 370 orang (87%) memilih untuk membesarkan anak-anak yang memiliki kebijaksanaan dari segi akademik dan mempunyai nilai-nilai murni.
Di samping itu, 8% daripada ibu bapa dalam tinjauan turut juga memilih untuk membesarkan anak-anak dengan nilai murni sahaja berbanding dengan akademik. Ini sekaligus menunjukkan keinginan ibu bapa di Malaysia untuk memastikan anak-anak mempunyai nilai-nilai murni dan bersifat baik.
Nilai murni meliputi semua aspek kehidupan dan dengan adanya nilai murni pastinya anak-anak akan mempunyai kesedaran untuk melengkapkan pembelajaran akademik mereka dengan sempurna.
Malah Dr Yong Junina, Pakar Perunding Pediatrik dan Pakar Kardiologi Pediatrik yang juga mempunyai minat khas dalam perkembangan dan penilaian kanak-kanak turut menyokong bahawa nilai murni sangatlah diperlukan dalam kehidupan seharian anak-anak kita.
“Memiliki nilai yang murni bukan sahaja cara kita berbahasa bahkan berbuat baik kepada orang lain, haiwan dan seluruh kehidupan kita”.
Dr. Yong menambah bahawa ibu bapa yang inginkan anak-anak yang berbudi bahasa dapat memberi lebih banyak penekanan dengan menanamkan nilai-nilai yang baik dan mengajar melalui teladan seperti menunjukkan kepada mereka bagaimana untuk bergaul mesra dengan baik, jujur, bersopan santun dan saling hormat-menghormati.
“Anak yang bijak lebih mudah memahami nilai-nilai murni dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian,” kata Dr. Yong lagi.
Susu Tepung Rumusan Untuk Kanak-Kanak Dengan 5X DHA
Anak yang bijak tak datang dengan sendirinya. Makanan yang sihat dan segar serta pengambilan susu yang mengandungi nutrisi sesuai amat penting bagi anak untuk kekal sihat dan bijak.
Dutch Lady merupakan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak No 1 di Malaysia dirumus khas untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 6 tahun dan ke atas mengandungi 5X DHA untuk menyokong perkembangan anak-anak serta menyokong aspirasi ibu bapa untuk membesarkan anak-anak yang bijak serta bernilai murni.
Disamping itu, Dutch Lady ingin menjemput semua keluarga ke pameran bergerak (roadshow) Smart Adventurer/Pengembara Bijak pada bulan April ini, yang mengambil inspirasi dari Upin & Ipin, sepasang watak animasi popular yang memberikan nilai-nilai murni melalui cerita-cerita pengembaraan mereka.
Banyak aktiviti menarik disediakan seperti maze untuk kanak-kanak belajar menyelesaikan cabaran dan kemahiran kerja berpasukan bersama dengan ibu bapa, adik beradik atau rakan sebaya. Menarik kan?
Penyertaannya adalah PERCUMA! Sambil anak-anak berseronok, mama papa pun boleh ambil peluang untuk dapatkan informasi menarik mengenai susu tepung Dutch Lady dengan 5x DHA. Tunggu apa lagi, ada hadiah daripada Upin & Ipin yang menarik seperti pinggan, bekas air, dan set jag serta gelas. Layari laman web untuk maklumat lanjut di www.smartmoments.com.my.
- Jenama No. 1: Berdasarkan audit Brand Health bagi Kategori Susu Tepung Rumusan untuk Kanak-kanak dalam tempoh 12 bulan berakhir Mac 2018 di Semenanjung Malaysia.
- 5X DHA: Berbanding dengan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang terdahulu (Tahun 2009)