loading...

Peluk Anak Sambil Baca Ayat Al-Quran Bukan Pukul Kalau Tantrum, Elak Emosi Anak Cedera

Ibu bapa tentu sekali penat bila berhadapan dengan anak yang selalu tantrum. Kalau anak bawah 3 tahun tantrum, jangan dipukul. Peluklah sekuat-kuatnya sambil baca ayat Al-Quran. Itulah antara perkongsian dari Ibu Rose.

BILA ANAK BAWAH 3 TAHUN TANTRUM

“Dah lah adik, ibu penat ni. Apa adik nak sebenarnya ni?”
“Uwaa…uwa….”
“Okay, okay…adik nak susu?. Taknak? Lampin ok? Emm..ok…Adik nak tidur?”
“Aduh..buntunya. Ehh..dah lah adik. Dahlah ibu penat ni. Kang tak pasal-pasal adik kena.”

Biasa dengar dialog ni? Uhuk..macam sebut diri sendiri je ye.

Ada yang tanyakan Ibu:

Bagaimana kalau anak sedang meraung dan diluar kawalan?

Jawapannya adalah:

Anak di bawah 3 tahun terutamanya, itu namanya Tantrum.

JIKA TANTRUM JANGAN SEKALI-KALI DIROTAN SEMASA DIA SEDANG MENGAMUK ITU KERANA PENCEDERAAN EMOSI AMAT KUAT.

Semasa itu anak itu sudah hilang kawalan dirinya. Ibarat kata, monsternya sudah keluar.

Jika terdaya peluklah sehingga dia tenang. Peluk kuat-kuat sambil membaca ayat Al-Quran.

Semasa memeluk kuatkan rasa kasih sayang dan kasihan kepadanya. Keadaan yang tenang didalam diri anda itu akan meresap kepadanya dan dia akan tenang.

Anak mengamuk tidak boleh dikawal adalah kerana terlalu letih, terlalu kecewa, terlalu bergolak emosinya. Merotan anak itu semasa itu hanya akan menguatkan kesan negatif didalam diri anak itu.

Semoga kita menjadi lebih belas kasihan kepada anak-anak kita semasa mereka masih belajar-belajar mengenali hidup.

Salam Sayang,
Ibu Rose

Mahu anak jadi bijak dan berakhlak mulia. Mari belajar ilmu, skil dan sikap positif untuk mendidik anak-anak kita.

Sumber: Ibu Rose

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...