loading...

Menangis Tanpa Henti ,Bayi Meninggal Dalam Pesawat AirAsia

Menangis Tanpa Henti ,Bayi Meninggal Dalam Pesawat AirAsia


Seorang wanita dari Perth, Nadia Parenzee yang memegang bayi berusia 2 bulan ketika saat-saat hembusan nafas terakhirnya ketika dalam pesawat Air Asia telah menyifatkan insiden itu sebagai “situasi yang paling sukar dihadapi”.

BAYI MENANGIS SEJAK AWAL PENERBANGAN

Nadia yang menaiki penerbangan AirAsia D7236 dari Kuala Lumpur ke Perth awal pagi ini telah menawarkan bantuan kepada pasangan ibu bapa kepada bayi yang dikatakan kelihatan sangat gelisah dan tak berhenti menangis sejak awal penerbangan berlepas.

“Saya dapat melihat mereka (ibu bapa bayi) agak tertekan. Bayi itu asyik menangis, tetapi kemudian saya dapat melihat pramugari itu memberi botol susu kepada bayi. Jadi saya fikir ‘OK, mungkin dia hanya lapar’ “ kata beliau.

Sekitar 10 minit kemudian, Nadia yangb baru ingin melelapkan mata mendapati pramugari Air Asia menyapa bahunya dengan cemas untuk meminta bantuan. Pasangan tersebut menyerahkan bayi mereka kepada Nadia dengan wajah yang terdesak dan Nadia cuba membacakan Al-Fatihah.
“Namun secara tiba-tiba, bayi tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir dan tidak bergerak. Saya terus merasakan ada sesuatu yang tak kena dan berteriak kepada penumpang sama ada terdapat doktor yang boleh menyelamatkannya.”



Foto Kredit: ABC News Australia

PELBAGAI USAHA TELAH DILAKUKAN SEBELUM MENDARAT
Nadia Parenzee yang juga seorang ibu dan bekas jururawat, mengatakan bahawa pelbagai usaha telah dilakukan dalam tempoh 2 jam 1/2 itu untuk menyelamatkan bayi berkenaan.

Menurut ABC News, beliau juga ada meminta juruterbang untuk membuat pendaratan kecemasan, namun mereka perlukan masa untuk mendapatkan isyarat untuk mendarat dengan selamat (clearance).

Setelah berbincang, mereka akhirnya meneruskan penerbangan ke Perth di mana pasukan kecemasan akan bersedia untuk menyambut mereka serta-merta tetapi usaha tersebut gagal kerana bayi tersebut telah meninggal dunia.

KELUARGA TERSEBUT DALAM PERJALANAN ‘MEMULAKAN HIDUP BARU’ DI AUSTRALIA

Difahamkan pasangan tersebut adalah dari Arab Saudi dan baru berpindah ke Australia untuk memulakan hidup baru dan ayah bayi tersebut sedang melanjutkan PhD di sana.
Bayi perempuan berusia 2 bulan tersebut juga merupakan anak sulung kepada pasangan tersebut. Menurut mereka, bayi itu telah dibawa berjumpa doktor seminggu yang lalu untuk merawat demam.
Menurut Nadia, suasana kecoh pada awalnya bertukar sugul. Namun semua penumpang serta staf penerbangan memberikan kerjasama yang amat profesional.

Pesawat yang sama ditetapkan untuk berlepas pada pukul 6:50 pagi ketika penerbangan AirAsia D7237 dari Perth kembali ke Kuala Lumpur, tetapi ditangguhkan beberapa jam akibat kecemasan.

Jurucakap AirAsia meminta maaf atas sebarang kesulitan yang disebabkan oleh kelewatan itu dan berkata syarikat penerbangan itu akan membantu para pelancong untuk menempah semula tiket yang terbatal.

*Sumber: The Guardian, ABC News

Previous
Next Post »
loading...